Geramnya saya dengan dia...
Kiranya hari nie sejarah la, sebelum nie gaduh macam mana pun tak pernah la tak call or msg mcm hari nie. Kali ni plak, diam je mebatukan diri, rasanya saya yang merajuk.
Hmm...kesian merajuk tapi org tu tak sudi pun nak pujuk. Sedih pun ada, tak pernah dia macam nie. Takper la, harap saya pun bole bertahan macam dia.
Khamis, 24 Disember 2009
Selasa, 22 Disember 2009
Broadband Oh Broadband...
Dr sejam yg lalu, saya cuba untuk log in to internet...Hampir hilang kesabaran, sekejap boleh tiba2 disconnect plak.
Saya melanggan salah satu broadband tanpa wayar nie 3 blan yg lepas. Untuk 2 bulan pertama penggunaan saya tak perlu bayar2 apa kerana dah ditolak dari bayaran masa pendaftaran. yang hairannya untuk 2 bulan pertama tu memang takde masalah, connection sentiasa ok. Masuk bulan ke-3, mula buat hal... Nak kata tak bayar, bil belum sampai saya dah settle dah. Saya call centre mengadu dah 3 ke 4 kali dah...hampeh, takde ape2 peningkatan pun. Mula lah terfikir nak stop melanggan tapi tiba2 teringat untuk pakej nie kena guna sampai 2 tahun baru boleh stop.
Sangat la frustnye, bayar bil nak dekat RM 90 sebulan, servis ntah aper2 ntah.
Grrr...geramnya!!!

Jumaat, 22 Disember 2006
Monolog Kehidupan Realiti
Semalam yang berlalu
Bukan suatu waktu yang indah
Menghitung kembali titisan khayalan
Yang menghimpun rahsia sejarah silam
Tersimpan seribu igauan, luka dan kepedihan
Hari ini pasti tiba lagi
Ku bangun dari fantasi
Dalam realiti daku menatap
Episod kehidupan dalam percikan warna
Memahatkan lukisan perjalanan cereka
Memaparkan wajah jati diri
Mentari semalam yang kelam
Masih sudi memancarkan cahaya kehangatan
Menerangi kehidupan
Menyuntik semangat yang panjang
Ku selami ungkapan ku renangi lautan fikiran
Segenggam harapan mula berputik
Memartabatkan keyakinan mengangkat kekuatan jiwa
Meniti batas usia melewati kedewasaan
Ku tebarkan bibit realiti
Bersama cita-cita yang menyala
Ku realisasikan keazaman
Bukan hanya singgahan khayalan lagi
Ku anyam simpulan kejayaan
Untuk menyunting bunga-bunga kebahagian
Dengan secangkir ketabahan
Demi merintis perjalanan kehidupan
Akhirnya pastikan kutemui
Dia di dalam aku
Kulihat aku di dalam dia
Kerana yang nyata
Dia adalah aku
Dan aku tetap aku...

Langgan:
Catatan (Atom)