Khamis, 28 Ogos 2014

DIY Jubah blink...blink...

Hye! Semekom! 

Once in a blue moon, kata org puteh... begitu la jugak diibaratkan dengan belog aku ni. Suka...aku dtg tulis, tak suka terbiar sepi je an. 



Hiks! Tu..tu...aku nak buat jubah blink blink katanya. Orang kedekut nih, semua nak buat sendiri padahal bukan pandai sangat pun. Hehehe Julung-julung kalinya nih jahit dress jubah. Sebelum ni baju kurung pernah la. Kalau nak ikutkan senang jahit jubah neh. Straight je potong (tapi aku buat ade pinggang sket) dia. Pastu jahit pun straight jugak pegi dia. Tapi, dah nama pun first time buat, ade la dugaan dia. Jap-jap lupa nak jahit mana dlu... tangan dulu ke, sambung dada ngan kain bawah dulu ke? Hmm...confuse aku! Hahaha 

Memula lukis pola bagai, potong kain pastu nak gi jahit tepi, pastu cari sequin lace blink blink tu.... Jenuh wey cari sequin lace tu. Memusing merata, dari KL ke Shah Alam. Yang benarnye, ade je tapi nak cari murah punya pasal. Haha. Memula tu tengok kat Kedai Bunga Reben jalan TAR, mmg tau kat situ ade sebab pernah ternampak. Sampai dah kedai boleh plak habis stock. Hampa mokcik:( Sampai ke Jakel cari, semua mahai kot. Nak beli setengah meter je. Haha. 

Pastu aku gi jahit tepi kat PKNS Alam, dah kena komplen plak ngan auw auw  tokey kedai tu. Dada ni macam tak muat je, zip kenapa tak buat kat belakang, boleh ke masuk leher ni. Yang Encik Ahmad kat sebelah boleh plak melayan, angin sungguh mokcik. Rajin plak dia nak komen bagai, padahal dia tak tau pun aku nak buat ape. Haaaa! Hate you auw auw! 

Setakat ni progress dah 70%. Dah try dah pon. Boleh je masuk leher tu. Hahahha! Naik balik keyakinan diri. Masa auw auw tu komen hari tu aku dah down dah. Mcm dah malas dah. Nasib teruskan gak projek baju murah tu. Nanti dah siap, dah pakai boleh post gambar kat sini pulak. Hiks:P

Khamis, 20 Mac 2014

Menuju Puncak!

Ahaaa! Penatnye kite malam ni awak. Tadi lepas zumba buat squat lapanpoloh kali. Huwaaa! nak tercabut rasanya kaki kite wak! Jangan esok tak boleh bangun gi keje sudah. Hehehehe

Kite bukan ape, dah bersemangat memanjang ni nak exercise. Walao kelas zumba sekali je seminggu nanti kite nak exercise sendiri kat rumah. Gitew semangat peginye. Hahahaha

Lagi satu perkara yg bersemangat gak nih, kelas degree hari Ahad nih. Kelas pertama. Haish! Lama dah cuti, nak start balik nih macam-macam rasa terasa nih. 

Kite sambung degree. Ambik course pengurusan pejabat. Buat blended learning kat PUNCAK ALAM. Haa! Puncak Alam kau. Class start 8:30 sampai 6:30 petang. So, berumah tangga la kita di puncak sana yer. Huhuhu

Tapi tu la kan, dah nama pun belajar, dah nama pon usaha tu tangga kejayaan. So marilah kite mendaki puncak di Puncak Alam. Okeh merepek! 

By the way, disamping rasa bersemangat nak start class balik nih, ada jugak la rasa kecut perut. Boleh ke ntah buat nih. Kelas perjumpaan 5 kali je setiap semester. Banyak thru discuss kat sistem je. Lagikan dulu masa diploma kelas hari-hari tak dapat dean list setiap sem ni plak kelas jarang-jarang. Adoi. Ish semak perut gak teman memikiorkanya. Huhuhu

Mintak-mintak la jalan ke garisan penamat dipermudahkan. Ada 5-6 sem je ni nak lalui. Lepas tu ijazah dah dalam tangan. InsyaAllah. Hehehehe!


Haaa! tengok ni...lecturer pon semangat tau. Awal lagi dia dah post notes kat sistem. Kite pon dengan semangatnye save siap-siap dah kat dalam iBooks kat henfon. Inilah yang kita mahukan. Lecturer semangat kita pon semangat nak study. Kan..kan..kan...

Emkayyy nak tido dah. Mata dah kelat-kelat nih. 

Tata✋✋✋

Selasa, 18 Mac 2014

Citer lawak beg awak๐Ÿ˜œ




Akhirnya beg ini kembali ke KL. Hiks๐Ÿ˜ 


Cerita minggu lepas la ni. Ade orang tu tertinggal beg kat kampung. Dia punya care sgt kat beg kite sampai beg sendiri terlupa nak masukkan dalam keta. Hahahaha. Serius gelak besar๐Ÿ˜œ

Bertolak dari Taiping dah nak dekat Maghrib mcm tu. Nak kejar masa nak meet kawan-kawan dia dekat Simpang Pulai. So cadangnya mmg kena solat masa on the way la. Relax je kan drive, sampai dekat Bukit Gantang, mak call...habaq pasal beg tertinggal tu la. Lepas mak cakap je beg tertinggal mmg aku gelak sakan. Sampai hari ni kalau teringat mesti nak gelak. 

Sorry awk! ๐Ÿ˜œ Nah, saya dh bawak balik beg awk. Hahahaha

Jumaat, 14 Mac 2014

Zumba! Zumba!




Second class for Zumba today. Feel better than 1st class. Step dah boleh ikut dah sket2 tp ade je lagi yg berterabur. Hehehe! 1st time ok join zumba:P

    
Tu kasut tu...pakwe yang bagi last week masa 1st class. Punyala nak bagi kita semangat... Hehehe

Minggu ni, 2nd class ni dpt plak beg kasut. Memang serba salah sangat la kalau malas nk pegi kan. Takpe-takpe! Kuatkan semangat Reen. Nak kurus harus rajin. Muahaha

Okeh nak tito. Badan nak penat.  Tapi panas la! ๐Ÿ˜‚ Ya Allah redakanlah musim kemarau ni. Turunkan lah hujan rahmatMu. Amin.

Rabu, 12 Mac 2014

#PrayForMH370

It's  day 5 and there's still no sign of MH370. 

My positive thought, on going prayer and hope for the missing crew and passengers of MH370 are safe and sound. 

Hoping for the best. Ameen. #PrayForMH370 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...