Ahad, 3 Januari 2010

Kerja Di Hujung Minggu...

Memulakan kerja di hari pertama tahun 2010...

Kalau orang lain masih bercuti, tidak bagi saya. Tak menang tangan di buatnya...pagi2 lagi dah terima call dari boss, pesan itu ini takut saya terlupa agaknya. Alhamdulillah, semua yg penting2 dapt saya dahulukan. Esok (Ahad) sehari lagi untuk saya menghabiskan saki baki yang tertinggal sebelum memulakan hari Isnin yang kadangkala menyesakkan.

Teringat suatu ketika dulu, masa mula2 kerja, amat la tak sukanya duty di hari sabtu dan ahad. Sekarang dah hampir 5 tahun, dah dapat biasakan diri dah. Dari tak buat apa2 hujung minggu lebih baik saya bekerja. Dapat jugak overtime. He! He!...

Dalam sibuk2 tadi sempat juga saya mencuri masa (memang curi2 pun) keluar sekejap ke kedai aksesori kereta Brother's untuk memasang seat cover kereta My Vi hitam saya itu. Saya pilih warna hitam juga, sekali pandang nampak tak cantik, tengok lama2 boleh la. Bukan ape pun cuma tak nak rosakkan yang original cover sebab bila saya bawa balik kampung, sepupu yang kecik2 tu suka sangat memanjat-manjat. Nak dilarang segan la pulak. Dah ada cover tu takpe la, agak2 dah kotor esok atau dah jemu tukar la lagi. Ready duit je, semua boleh buat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...