Isnin, 18 April 2011

Ceritera oh ceritera!

Assalammualaikum wbt...
Lamanya tak berblog :)

Kesibukan yang sentiasa menjengah, membataskan waktu untuk singgah di sini selalu...

Rabu yg akan datang neh, akan bermulanya peperiksaan besar - penutup kepada semester ke-2.

Lepas balik dari Taiping hari tuh...tak update2 pun blog neh... Entah lah takde mood rasanya. Susah hati dan kerisauan! Lagipun rutin harianku mengalami perubahan sedikit gara-gara kereta takde. HuHuHu!!!

On the way balik KL hari tuh, bole plak kereta buat hal...tersadai kat tepi highway lebih sejam. HuHuHu!!!Scary sgt! Pertaman kali terjadinya insiden sebegini. Dh la masa dr KL ke Perak, ade pulak sorang lelaki neh duk follow dari belakang. Haish! takde keja lain ke apa, nak mengorat kat tengah-tengah higway tuh. Tak agak-agakkan. Berpeluh jugak memecut nak menghilangkan diri dari pandangan orang itu. Siap buat call kat Ain, ceghita dengan dia dan bagi no plat kereta mamat tu. Anything happen, kalo aku tak sampai2 mintak dia buat ape yang patut. HeHeHe! Pecut punya pecut, berjaya juga melepaskan diri. Nasib berjaya kalau tak sia-sia aku pecut mengalahkan Michael Schumacher! Agaknya la sebab pecut-memecut tu la, kereta buat hal plak kan...HuHuHu!

Bila terjadinya insiden-insiden sebegini mula membuatkan aku takut plak nak drive balik sorang-sorang lepas nih. Kalau kena follow tuh bole tahan lagi la, sebab aku tak berenti mana-mana so takde la peluang nak di apa-apakan. Tapi kalau dihalangnya kereta aku...Uish! mintak simpang...
Part kereta buat hal tuh memang menakutkan. Dah la tak tau ape-ape pun pasal kereta, pastu tersadai dengan handphone yang nyawa-nyawa ikan sebab bateri kong, dh nak mati sesangat! Bila call pihak highway tunggu punya tunggu, hampir sejam tak jugak sampai-sampai. Aduhai, memang scaryyyy!!!

Dugaan datang bertimpa-timpa, rasa sesak dada nak bernafas! Akibat kereta buat hal, melepas writting test BEL hari tu. Sampai ke malam, bertolak balik di hantar oleh Ariff boyfriend Ila. Pukul 1 pagi jugak la sampai rumah. HuHuHu! Nasib la ade kawan-kawan yang baik hati :)

So bila kereta takde neh...nak ke kelas, nak ke kerja semuanya sukar. Sampai hari ini, kereta masih di Perodua Teluk Intan, menunggu pihak Perodua untuk menyelenggaranya.

Selama tu jugak aku tinggal kat umah Erin. Pagi-pagi, hantar Erin pg kerja, pastu terus ke office plak. Petang plak, ambik Erin dan terus ke kelas. Begitulah setiap hari hingga Sabtu lalu. Untuk dua tiga hari nih, aku balik rumah. Pergi kerja naik bas, kelas pun takde. So pgi kerja balik kerja je la. Tunggu hari Rabu nanti plak, start 1st paper, aku akan kembali menghuni rumah Erin untuk sementara.

Bila teringat kan exam, aduhai berdebar-debar rasanya. Dalam masa yg sama rasa bersemangat pun ada. Bersemangat nak tingkatkan pointer smpai dapat DL. HeHeHe!!! Insya allah... Kawan-kawan doakan saya yer ;) Semoga segalanya dipermudahakan dan usaha saya akan membuahkan hasil yang mengembirakan. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...