Sabtu, 23 April 2011

Saya yang baru...;)



Assalammualaikum wbt...

Kali nih, nak story-mory about my new looks! HeHeHe!
Akhirnya, terbuka juga pintu hati ini untuk bertudung ;) Semoga di tetapkan hati ini dengan perubahan ini. Insya Allah, bukan hanya pada rupa luaran, akan juga aku usaha hiasi peribadi seorang wanita solehah...

Terharu rasanya apabila kawan-kawan mengucapkan tahniah dengan perubahan ini. Kalaulah arwah abah ada, tentu dia juga gembira dengan rupa baru ku ini ;(

Niat yg tersimpan sejak awal tahun 2011 ini terlaksana akhirnya. Entah bagaimana, masuk tahun 2011 hari tuh timbul niat untuk bertudung. Dalam hati terdetik, dah sampai waktunya untuk aku menutup aurat seperti yang dituntut syariat. Hari demi hari, niat itu hanya tersimpan. Bukannya aku lupa tapi aku masih ragu-ragu. Pelbagai soalan timbul di benak fikiranku. Mampukah aku mengekalkannya? Bagaimana dengan baju-baju aku yang banyak tu? Cantik ke aku bertudung? Ya Allah, bila diingat kembali, rasa bodoh pun ada. Masalah remeh-temeh tuh yang aku takutkan. Agaknya, sebab itulah aku diduga dugaan demi dugaan...sebagai peringatan untuk aku. Lagipun di mulut, aku asyik menyebut nak bertudung tapi melaksananya tidak juga.

Akhirnya 4hb April 2011, aku mula berhijab! Erin yang pinjamkan tudungnya. Agaknya dia dengar aku nak bertudung tapi aku takde tudung yang sesuai. Masa nak siap pergi kerja tuh, dia offer tudung dia. Mula dari situ aku bertudung dan aku betekad ini adalah aku yang baru. Aku tidak sesekali akan membukanya lagi!

Masa hari pertama, perasaan gembira tak terucap dengan kata-kata. Rasa tenang sangat. Sumpah tak tipu! Rasa menyesal plak tak buat masa mula-mula terlintas difikiran, kalau tak...abah sempat tengok ;( Kebetulan 4hb genap sebulan abah pergi... Bila kawan-kawan ucap tahniah dengan perubahan ini, aku mula dilanda sebak. Orang lain gembira dengan perubahan aku, apatah lagi abah...

Kalau sebelum ini, aku ragu-ragu. Hati asyik tertanya-tanya... Aku berdoa & membaca yaasin untuk abah, aku sembahyang...tuhan terimakah semua itu? Aku takut doa aku tak sampai pada abah dengan penampilan aku yang tidak menutup aurat dahulu, sekarang alhamdulillah...aku rasakan sedikit ketenangan dan yakin yang Allah mendengar setiap doaku dan menerima amalanku.

Penampilan, rutin harian dan tingkah laku sedikit demi sedikit berubah...Aku sayangkan abah, sayang sangat-sangat. Aku lakukan semua ini, selain dari tuntutan ajaran islam...adalah kerana abah! Aku nak jadi anak solehah, yang sentiasa mendoakan abah di sana. Semoga DIA mendengar setiap doaku dan menyampaikannya pada abah...

4 ulasan:

  1. ren, segala tindakan mu ini adalah jln yg terbaik.. Insyaallah, pasti arwah tersenyum di sana.. Teruskan berdoa dan berdoa kerna Allah sentiasa ada bersama kita, sentiasa mendengar luahan keluhan isi hati kita. Hanya Allah saja yg mampu mengubati dan mengerti hati kita. Yg penting kita ikhlas dlm melakukan segala ibadah.. hehe.. Im so proud of you ren =)

    BalasPadam
  2. terima kasih Mona;) apabila keraguan selalu menjengah, di harap dengan perubahan ini aku peroleh ketenangan dan keyakinan untuk terus melangkah...

    BalasPadam
  3. tahniah ren atas perubahan yg menuju kearah keredhoaan ilahi...moga2 hati ren semakin tenang n semua keluarga gembira dgn tindakan ren nie...saya tengok ren ni nampak semakin ayu tau bila bertudung...*_*

    BalasPadam
  4. Damha, terima kasih byak2. Rajin awk komen2 entry saya. Thank a lot ya:) Klau awk ade blog, tgl la link, nt bole sy dtg melawat plak:)

    BalasPadam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...