Selasa, 6 Disember 2011

Ombak Rindu aku??

As Salam

Hai!Hai! Kembali meringankan jari-jemari utk mencoretkan sesuatu dilaman ini. Wah! mukadimah...sungguh bermukadimah! Kehkehkeh!

Sebenarnya, nak kisahkan rentetan dari menonton cerita Ombak Rindu. Aku bagi 3 bintang dari 5. Hehehe! Agaknya aku letak high expectation kot utk cerita ni...Yela, mana taknya dgr komen2 kat twitter, kat fb suma menggambarkan cerita nih superb habis. Hehehe! Aku pon melonjak sma nak tgok la..dh tengok, ada sedikit kehampaan disitu. Jalan cerita die agak kureng sket. Pemilihan hero & heroin ok. Walaupun sblm tgok aku agak meragui Maya Karin utk membawakan watak Izzah tuh, tapi ternyata dia boleh menjiwainya. Cewahh, ayat! Hahahaha! Aaron Aziz aka Hariz, tak yah cerita la...watak romantik2 gitu, ganas2 yg sweet gitu mmg makanan die kot. Cair la jugak aku. Wahhhhhahaha!

Dan yg pasti aku berjaya menahan dari teresak-esak. Hah! Kalau teresak-esak mmg over tau. Hahaha! Tapi, jgn tak tau..aku baca novel die mmg teresak-esok uols! Hihihi! Tgok movie, setakat bertakung air mata je la.

Semalam sebelum menonton, aku dan Mr. S mengisi perut dulu kat Burger King. Makan sambil berborak.Hurm..dalam berborak-borak tuh, die ade melontarkan beberapa pertanyaan yg membuatkan aku terfikir untuk terus berharap. Huhuhu! Walau mood sweet dah kehilangan rentak saat itu tapi aku masih cuba untuk mengawal. Hurm...aku memang tak boleh nak berharap lebih kot. Hahaha! Hadoiii! Ntah kenapa dengan perasaan ku itu. Tetiba nak berharap lebih. Aku plak yang berOmbak Rindu hoi! Huhuhu!

Perasaan yg macam menggebu nih, harap sgt aku dapat mengawalnya dan tak akan melukakan diri sendiri! Berumah ditepi pantai memang selalu dilambung ombak. Dalam pengharapan, ombak yang memukul itu terselit rindu buatku. Hahahaha! Okeh, dah mula nak merepek...mata dah ngantuk. Dah patut berhenti, sebelum melalut-lalut lagi. Mr.S pon dah diam lewat biacara di WhatsApp tadi. Okbai!!Wassalam.

2 ulasan:

  1. salam bella
    lama tak singgah sini

    akak tak pernah baca novel dia...nak baca le

    BalasPadam
  2. Waalaikummussalam Kak..
    Sy pun dh lama tak berupdate.Hehe!

    Ombak rindu neh, bagi saya novel dia lagi best kot. HeHe! Lepas tengok movie, lg sekali sy baca novel dia...tetap gak saya ckp cerita dlm novel lg best:)

    BalasPadam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...