Rabu, 23 Mei 2012

Rumah kena pecah dek Perompak!

As Salam

Kelmarin aku melalui saat-saat yang menakutkan. Balik ke rumah lebih awal dari biasa. Entah, tergerak hati nak sangat balik cepat hari tu. Rupa-rupa telah disuprisekan oleh perompak tak guna!

Mengeletar tengok keadaan bahagian belakang rumah. Grill terkopak, pintu rosak sampai tak boleh nak bukak. Tingkap ternganga! So so scaryyyy:O

Dalam ketar-ketar, betulkan jugak apa yang patut. Terfikir dalam hati nak buat report ke tak sebab sekali pandang macam takde barang yang hilang. Rumah bujang, ape sangat la yang ada. Tapiiiiii! laptop daku selamat. Syukur!!!! Mesti perompak tuh tak nampak. Huhuhu!

Hidup sendiri, semua kena buat sendiri la. First time pegi balai buat report sensorang. Ketar tak habis lagi, sampai cerita kat polis pon tergagap-gagap. Dah settle report, satu hal plak nak menunggu jurugambar datang ambik gambar. Bila check lagi sekali, sedar yang camera nikon kecik aku dah lesap. Memang tak panjang jodoh aku dengan camera tuh. Selalu aku usung jer merata, hari tu plak bole tertinggal :'(

Tunggu punya tunggu Encik Polis tak jugak datang2. Malam tuh aku dan debab dah sepakat overnite rumah kawan. Takut juga nak tidur kat rumah, dengan pintu dan grill yang tak berkeadaan sempurna. Apatah lagi mak kat kampung dah risau sangat. Kawan-kawan pun turut risau gak. Semuanya tak bagi tidur kat rumah malam tuh.

Esoknya ambik cuti sbb nak kena arrange orang datang baiki apa yang patut. Huhuhu! Nasib baik, owner rumah tanggung semua perbelanjaan ganti rugi kerosakkan. Semalam masa keluar baru Encik Polis call, tapi aku dah sampai ke Klang, nehi la nak patag balik. So siangnya baru Encik Polis datang, ambik gambar apa yang patut.

Dah 2 hari berlalu, fobia & trauma masih ada. Itu baru tengok keadaan pintu kena kopak, tingkap pecah semua...belum berhadapan dengan perompak lagi. Ya Allah, mintak dijauhkan.

Tadi, balik dari office, nmpk jiran sebelah dengan jiran hujung duk bersembang depan pintu pagar. Aku turun je, dorang tanya pasal kejadian tuh dan dorang cakap yang dorang sepakat nak pasang gate kat lorong belakang rumah kami. Semalam lagi, wife jiran aku tuh dah bagi tau dan mintak aku tanyakan persetujuan tuan rumah. Aku dah tanya dh pon dan tuan rumah cakap ok. Semua orang dah mula rasa tak selamat. Sebenarnya dua kali dah rumah aku mengalami kejadian yang sama cuma sebelum nih aku menyewa dengan housemate, so dia yang ketua dia uruskan semua kali nih aku dengan adik debab ku itu sahaja, harusla semua aku yang bertanggungjawab.

Jiran sebelah jugak ada bagitau yang cctv dia dapat capture perompak tuh, cuma muka tak clear. Masa kejadian pukul 11 pagi. Perompak tuh ambik masa dalam 20 minit je buat kerja setan tuh. Memang expert punya kerja la nih. Jiran belakang pun nampak. Lagi real, dia dan maid dia nampak macamana perompak tuh masuk & perompak tuh berusaha mengopak pintu semua dia nampak. Tapi sayangnya takde langsung inisiatif untuk buat sesuatu. Katanya dia tinggal berdua, so dorang takut. Dia tengok aje la. Aigooo! telefon la polis aunty!!!!! Grrrrr!!!!
Perompak tuh masih bernasib baik kali nih sebab terlepas. Tunggu la...sepandai-pandai kau merompak, ke penjara jugak satu hari nanti!





2 ulasan:

  1. salam bella
    bella dah tukar nama ke?
    Jahatnya perompak tu..dah berleluasa sekarang ni kan.

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam kak;) hehe! dlm proses nk membaik pulih blog nih. masih mencari-cari nama yg sesuai.

    Itu la kak, polis ckap semakin menjadi-jadi kes pecah rumah nih. takut saya;(

    BalasPadam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...