Assalammualaikum wbt....
Hai! Hai! Bye! Bye! Eh belum nak bye lagi:P
Perkembangan terbaru...Ewahh!! perkembangan sangat tau! Macam artis hebak, yang beribu-ribu peminat nak ambik tau kan! Kau yg makin kembang adaler reen oi:O
Okeh2 lets story-mory...
Dah nak masuk minggu ke tiga bermulanya semester baru. Semuanya berjalan lancar. Sem 5 dah...semangat DL sem lepas masih membara. HiHiHiHi!
Kali nih class penuh dari Isnin hingga ke Sabtu. Ouh! Sabtu pun ada kelas :( Dan Sabtu juga, memberi kejutan lagi. Minggu pertama, jalani Isnin hingga ke Jumaat dengan hati yang girang. Sumpah! semua lecturer best2, cun2 semua. Semangat yg dorang tunjukkan buat aku makin bersemangat. Semunya baik-baik sahaja, TETAPI!!!!! Sabtu!;( Saat melangkahnya dia masuk ke kelas, runtuh segala semangat jitu yang terkumpul 5 hari sebelumnya. Di takdirkan dia mengajar lagi untuk semester ini. Siapa dia???? MAKCIK! Sumpah, jantung aku berdegup kencang, rasa nak menangis tengok dia. Ya! betul tak adil untuk aku menilai dia. Dia tutor dan aku pelajar, harus aku menerima dia, menghormati dia. Tapi pandangan negatif yg dah sebati nih sukar nak aku kikis. Kenapa ntah;(
Sabtu pertama hari tuh pun aku dah mula rasa rimas dengan sikap dia. Sukar nak bertolak ansur. Sukar nak memberi jawapan yang tepat bila diaju!
Bukannya aku minta untuk bertolak ansur nak beri markah kesian ke, bagi A ke...tapi bertolak ansur dari segi masa, kedatangan dan tak perlu nak marah2, tengking mcm kami nih budak kecik:( Benci laaaaa! HuHuHu!
Entahlah, mungkin bagi kawan-kawan yang lain tidak berperasaan seperti aku. Aku sorang je kot. Ahhh! lantaklah.. nak marah, marahlah! Oklah, next time aku mengalah la...dia kan orang tua.
Apa nak jadi-jadilah, aku nak dapat A untuk subjek dia sbb aku meluat bila dia sering cakap dapat B pun jadi la. Apa dia ingat datang class memang untuk dapat B je ke. Konon2 subjek dia tak ramai la bole skor. Dia mmg susah nak bagi markah, tapi kali nih aku nak jugak A. Dah 3 kali kot dia mengajar, tak pernah lagi dapat A rasanya, B+ je :(
Ahh! kan dah jadi entri membebel pasal makcik. Ishhhh!
Okeh! rasa macam tetiba idea nak tulis memula tadi dah hilang:O Dah takde mood nak tulis lagi bila dah timbul topik pasal makcik nih pun ade jugak. Alaaa! jap2 nak pegi perah ingatan semula! Lenkali sambung la...Wkwkwkwk!
Okbye! Assalammualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^