Selasa, 24 Februari 2015

Demi masa depan....

Assalammualaikum,

Akhirnya, hari yang dinanti telah tiba. Wuwuwuwu! Beratnye hati ini nak balik lepas dah hantar orang tu. Hahhaha

Pegi awal sehari, hari Ahad hari tu. Tido kat sana. Pagi, lepas breakfast dah gerak ke akademi. Ramai dah yang mula datang. Sampai kat sini, hanya kadet yang nak berkursus sahaja dibenarkan masuk. Family yang menghantar setakat tunggu dekat pagar sahaja. Dekat pagar ok. Maka mengheret la dorang beg-beg yang dibawa. Nasib Shafiq bawak beg beroda akademi fantasia tu. Kalau tak jenuh nak memikul. Itu pun dua kali jugak ulang alik ambik barang. Kesiannya. Yang lelaki pun berpeluh mengah. Apatah lagi perempuan. Yang pregnant pun tiada pengecualian. Kena bawak masuk sendiri. Masa tercegat kat pagar tu la terdengar satu couple ni, husband dia nak masuk tolong hantarkan beg. Tapi tak dibenarkan. Dengar husband dia cakap... tapi dia pregnant. Guard tu still geleng kepala. Huhuhu. Maybe masuk di peringkat awal, sebab tak nampak perut lagi. Kalau aku sedih dah tu. Huhuhuhu

Lepas Shafiq dah angkut semua barang, dia pegi register. Aku, mama & baba setia menanti kat pintu pagar. Dia duk message suruh tunggu. Masa tu dalam hati dah rasa sayu dah. Nampak camni punya strict dia punya rules, konfom weekend pon tak boleh keluar:( Adoi! habis la, rindu cane?! Hah hah hah

Dah setel register dia keluar, ambik balance barang-barang yang kecik-kecik. Oh ya! rambut yang dia dah potong hari tu still kena potong lagi. Mak! walau tak botak sepenuhnya tapi cukup pendek dan berkilat jer kepala. Huhuhu. 

Dah melepasi 24 jam. Tau tak awak, rindu sangat nih. Cane nak tunggu sampai 29hb Mac. Arghhhh! Weekend tak boleh jumpa, call malam saje. Message kat we chat pun kadang-kadang. Ohmaiii! sedihnye awak:(( 


Babai Bae!

Situ tulis sampai 28hb. Tapi boleh balik 29hb lah!








2 ulasan:

  1. Hamboiiii kejap jer tu... tak lama tu... cemana kalau zaman dulu kena kursus bertahun2 kat luar negara... sabar yer... rindu tu bagus, bertambah sayang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kursus bertahun-tahun ikot sekali. Hahaha:P

      Padam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...