Wah! subuh begini, line internet berdesup aje perginya. HeHehe!
Sejuknya la hai kat Taiping neh, hujan rahmat di pagi yang hening neh. Lepas solat tadi ingat nak tido balik, tapi mata plak tak mahu lelap, padahal nak bangun tadi punyalah susah. Alarm dah berbunyi kali ketiga baru celik mata betul-betul. HeHeHe! Tak berjaya syaitan-syaitan menghasut aku pagi neh. KehKehKeh!
Semalam genap 21 hari pemergian abah. Semalam masa dalam perjalanan nak ambik abangcik dari Lumut, mak bercerita...menyelusuri kembali hari-hari akhir abah bersamanya. Air mata tak putus-putus mengalir mendengarkan cerita mak. Abah bagaikan sudah tau masanya telah tiba. Aku tahu mak juga dapat mengagaknya, namun dia cuba menafikan semua itu, sebab tu la agaknya, dia merahsiakan keadaan abah masa tu. Bila abah dah di masukkan ke ICU, baru dia suruh kami balik. Hati mana yang tak sedih. Deraian air mata pun masih belum kering sepenuhnya... Tiada pengganti yang dapat menggantikan abah di hati kami. Pemergian abah di tangisi
seluruh keluarga, saudara mara, teman-temannya, malah jiran tetangga dari yang muda sehingga tua. Masa kat hospital, tak putus-putus orang datang melawat. Semua berharap dan berdoa abah sembuh dan sedar semula tapi Allah lebih menyayangi abah...
Aku kuatkan semangat, tabahkab hati. Tuhan telah mentakdirkan abah bersama-sama kami setakat ini sahaja. Aku harus redha dengan qada dan qadar Allah. Deraian airmata masih belum kering sepenuhnya,namun didikab dan pesanan abah menjadi penguat semanagat meniti hari bersama mak dan adik-adik...
Moga abah tenang di sana...Al-Fatihah...
ren... I speechless ren.. I don't know why.. but we have the same feeling to our beloved one.. Semoga Allah meletakkan mereka di kalangan org2 yg beriman soleh.. huhuhu
BalasPadamerm... ye ker. hanya org yg melalui akan dpt memahaminya...
BalasPadamhai saye dah join awak :) follow saye balik @ tayarpancit.blogspot.com
BalasPadamsabar ye bella...
BalasPadamsemoga abah bella tenang di sana ...amin
lumrah hidup, setiap yg bernyawa akan pergi kembali ke sisiNya... kita pun akan alami benda yg sama, cuma maser nyer kita still tak tahu... abg pun dh lalui benda sama 6 tahun lalu... abah abg sakit masuk hospital hari merdeka, then 22 sept meninggal... sedih mmg sedih tp abg bersyukur ayah abg tak lame menderita sakit... apa yg boleh buat skrg, doakn arwah abah dan jaga family abg baek2... tp yg penting keep smiling for your family... be strong as I know you are...
BalasPadam