Rabu, 9 Mac 2011

Mereka-mereka yang biadap!

Tika ini aku dah di atas katil rumah ku di KL. Mencuba untuk memejamkan mata...namun begitu sukar apabila ingatan pada arwah begitu kuat. Kerisauan terhadap mak yang aku tinggalkan di kampung juga menganggu emosi ku di kala ini. Aku tahu mak juga begitu...dia terlalu risaukan aku kerana katanya aku keseorangan, mak takut aku menangis sorang-sorang. Dalam pukul 9 tadi adik aku mesej, katanya mak risau kat aku. Dengan pantas aku call mak, katakan padanya...tiada apa yang perlu di risaukan. Tapi aku tak dapat nak sembunyikan rasa sebak yang bertandang di kala berbual dengan mak. Mak juga begitu....

Hasrat untuk aku bercuti seminggu lagi terpaksa di batalkan apabila tidak mendapat keizinan bos. Alasan yang diberikan...HR dah mula bertanya kerana aku dah lama bercuti. Aku tahu, HR tidak akan banyak soal jika dia (bos) memberi penerangan yang sepatutnya mengapa aku bercuti. Tapi dek kerana sikapnya yang bagiku macam sial tuh, jadi begini la. Macam tak faham bahasa & tak kisah pun dengan situasi aku saat ini. Cuti yang aku gunakan tu hak aku...kerja aku pun takde yang tertangguh so mengapa timbul soal 'cuti lama'. Aku di beri cuti tahunan, punya suka la nak guna atau tak. Aku bukannya pekerja bermasalah yang sewenang-wenangnya bercuti atau ponteng keje sebelum ni. Mengapa langsung tak nak bertolak ansur?! Ni la kalau bekerja dengan bangsa tu. Hanya tau kerja, kerja, kerja je... Seriously, aku tak puas hati. Akan aku dapatkan penjelasan mereka tentang pertikaian cutiku itu. Sungguh biadap mereka itu. Nanti dah kena batang hidung sendiri baru mereka rasa...

Esok juga aku akan mula ke kelas setelah lama aku tinggalkan. Mintak-mintaklah segalanya di permudahkan. Asignment quiz & test...dengar2 dah makin bertimbun. Final exam on April...Erm, tak sempat abah nak tengok aku convo :'(

4 ulasan:

  1. ren.. kuatkan semangatmu ye. arwah abahku pn x sempat melihat aku convo. tp aku dpt merasai kehadiran dia tau.. so, skrg nie.. ko kuatkan dan cekalkan hati supaya ko mbuatkan dia tersenyum di sana ye..

    BalasPadam
  2. terkilan sangat Mona...tapi apa nak buat, dah sampai masa dia pergi. harap aku pun tabah macam ko. thanks yer sudi berkongsi rasa...

    BalasPadam
  3. semoga dipermudahkan segala urusan bella...agar abah tenang di sana.

    BalasPadam
  4. no problem dear.. hanya org yg melaluinya sahaja yg akan memahami betapa sedihnya, peritnya perasaan hati bila org yg paling kita sayang telah tiada selain dr ibu kita. apa2 pun, ko masih ada teman2 di sisi ye.. =)

    BalasPadam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...