Tercapai juga hasrat aku nak ke pesta buku tempohari. Petang Jumaat lalu dgn ditemani bff, Nurul Ain bergerak menuju ke PWTC. Kami ke sana dengan Star LRT al-maklumlah kami ini amat tidak mengetahui jalan ke PWTC itu. HaHaHa! Walaupun Ain org KL, walaupun aku bermastautin disini dah hampir sembilan tahun...tetap blur pasal jalan-jalan kat KL neh!
Kami tiba di destinasi tujuan menghampiri jam lapan. Booth, kebanyakan dah lengang. Tanpa membuang masa aku heret Ain ke booth NB Kara. HeHeHe! Aku borong tiga buah novel baru Norhayati Berahim ;) Lepas dah bayar dapat jap beramah mesra dan mendapatkan tandatangannya pada novel baruku. Excited dan terharu bersembang sampaikan terlupa nak bergambar. Aduhai! melepas lagi. Tahun lepas pegi dapat gak bertegur sapa, tapi malu-malu...nak bergambar pun segan nak keluar camera. Tahun neh, bole lupa la plak kan. Haish...
Setelah memborong disitu, kami mencari gerai MPH,officemate kirim beli buku 'A Doctor in The House-Tun Dr Mahathir Mohamad'. Buku tebal yang berharga RM90 tuh membuatkan aku teruja untuk memilikinya satu hari nanti. Tunggu la, buku tersebut akan menjadi salah satu bahan dalam mini library ku nanti. HeHeHe!
Bila novel-novel yang di dambakan menjadi milikku, kepuasan tak terhingga terpancar jelas. HeHeHe! Hati mula senang nak meronda-ronda. Sebelum sampai, masa kat dlm LRT bukan main sebab takut tak sempat sampai! HuHuHu!
Ronda punya ronda sempat singgah ke Butik Ariani, tengok-tengok koleksi tudungnya...alahai semuanya cantik-cantik belaka. Duit kat poket jek tak cantik, sebab dah berbelanja kat novel-novel baru itu. Takpe la, sabar aje la...nanti next month shopping tudung plak. Oh ya, dalam duk best-best kami meronda-ronda tuh, amatlah geramnya pada sesetengah salesman yg berkeliaran mempromosi produk mereka, seperti kamus elektronik la, bahan bacaan kanak-kanak la...Haish! Sampai dah jauh pun nak kejar lagi. Bila org dh ckp 'No, thank you' x payah lah nak main kejar-kejar plakkan. Rimasnya...faham la dorang bekerja, tapi cara macam tuh menakutkan dan merimaskan la. Macam memaksa jek. HuHuHu!
Kami bertolak balik sejam kemudian. Dengan menjijit buku-buku yang dibeli kami melangkah ke stesen LRT. Aduhai, rasa nak tercabut tangan gak la...Tapi, apepun aku amat-amat la happy dapat menambah koleksi mini libraryku dan juga dapat beramah mesra dengan NB. HeHeHe! Harap-harap tahun depan masih berkesemptan untuk mengunjungi acara sedemikian lagi...Insya allah, jika umur masih panjang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^