Rutin pepagi kalo bercuti di kampung, melawat pusara arwah abah. Pagi Sabtu hari tuh, aku bergerak agak lewat, dalam 9:30 br kuar dr rumah. Pergi berdua dgn mak jer.
Sesuatu telah berlaku semasa di kubur hari tu. Actually, bukan suatu kejadian serius pun. Cuma...masa nak bergerak balik dr kawasan perkuburan tu... menuju ke kereta, ternampak sekeping kertas hijau terselit kat wiper. Aku ambik bukak, tengok ada notes..."Tolong telefon balik, 012- ntah apa lagik nombornya aku dh tak ingat! Ah sudah! nape plak. Aku dh cuak dh, mata x lepas dr tinjau2 kat kereta sbbnya masa kitaorg dtg tdi ada org mesin rumput kat situ. Aku terfikir kot2 org tuh dh terosakkan kereta aku ke. Ada yg tercalar dan terpecah ke. (Baiknya la plakkan org tuh nak mintak contact balik) Takde plak cacat celanya kereta aku. Mak plak, suh jugak aku call, takut ade ape2kan. Aku malas nak cakap, aku bagi je mak cakap. Erm...lain cerita la plakkan... Berikut adalah perbualan mak dengan si polan yang meninggalkan pesanan :
Mak: Hello. Nih tadi ada tgal no telefon kat kereta tadi. kenapa? kami halang jalan nak mesin rumput ka?
Mr X: Eh, Makcik, perempuan dgn makcik tuh anak makcik ka?
Mak: Ha, anak makcik la.
Mr X: Saya nih suka kat anak makcik tuh...
Bengong! serius terkezut dan tersipu-sipu aku! Ah, Tidakkkk!!! Terus direct kat mak tuh! Huhuhuhu!
Mak: La, ingatkan nak mesin rumput tadi. macammana kenal anak makcik, anak makcik tak dok kat sini.
Mr X: Saya tau. Dah lama dah saya suka kat dia, tapi saya segan.
Mak: Ni nama sapa, duk kat mana?
Mr X: Nama saya Sham, duk kat Pokok Assam
Mak: Sham nih yang tadi mesin rumput tu ka
Mr X: bukan! bukan!
Mak: bila hang letak no telefon ni. Tadi ka?
Mr X: Ha..ah br tadi. Sapa meninggal makcik?
Mak: pakcik meninggal.
Mr X: bila, semalam ka?
Mak: dak aih, lama dah. Nak dekat 4 bulan dah
Mr X: oh, saya tak tau pun, makcik.
Itu adalah sedutan dari perbualan mak dengan pemuda misteri tersebut. Alahai, secret admirer la plak aih! Lawak btol la. Aku punya la risau kan takot plak pemuda misteri itu akan call balik sbb mak call guna hp aku. HuHuHu!
Tapi smpai skrg xde plak dpt panggilan or msg dr pemuda misteri tersebut. Terkejut kot cakap ngan mak dah takot plak nak call balik. HiHiHi!
Aduhai, jenuh aku dok fikir kot2 ada kwn2 masa sekolah dulu yg namanya Sham duk menyimpan perasaan kat aku. Tapi seingat aku, takde kawan aku nama Sham. Erm...aku rasa orang tuh tipu, entah2 bebudak kat kawasan perumahan aku jugak tuh kan. Ade plak main2 tinggal notes camtu lak. Datang la jumpa....HiHiHi! Karang datang betol-betol, aku plak yang larik!!! Yang mak plak abis di citer kat adik-adik aku. Ape lagi jadi bahan la aku hari tuh. Huhuhu! Siap buat lawak lagi mak...katanya lupa plak nak suruh lelaki misteri tersebut masuk meminang jer. Uuhhh! jgn buat drama mak!!!
Macam-macam aih, tak sangka la plak menjelang umur 29 tahun nih masih ada secret admirer la plak. Buat aku terasa muda la plak, di masa-masa umur 17 dolu-dolu! Auwww!!!
sy sham yg letak kertas ijau tu..bole berkenalan..hehe
BalasPadamyelah tuh! ngeeeee;)
BalasPadam