As Salam...
Yuhuuu! lama sungguh tidak berceritera di sini... Sibuk! Sibuk! Sibuk! Stress! Stress! Stress! teramat....
Gara-gara poject nak launching, kerja yg lain tunggang langgang! Sibuk nak kejar dateline sampai terpaksa ponteng class...nasib class br masuk minggu ke3, masih slow lagik!
Akhirnya lebih kurang 3 minggu bertungkus-lumus, hari ini terlancar segalanya. Tapi aku belum bole menarik nafas lega...sebabnya aku x keje weekend neh. Aku terpaksa bercuti, nak balik kg...lagik! Huhuhu! Nak wat camana, mak suh balik. Sebagai anak yang taat (cewah!!!) aku menurut perintah. Tapi aku tersepit antara mak dan kerja:( Nak telan aku tak suka pahit, nak aku luah mesti ada yang tersentap nanti! Huhuhuhu! Jgn tiru peribahasa aku tuh! Peribahasa org mereng seketika! Kehkehekeh!!!
Akhirnya, aku beranikan diri memohon gak cuti itu. Project aku yg nak di lahirkan tapi aku nak cuti plak. Memang la aku kecut nak menghadap bos kan. Tapi bila teringat mak, melangkah la jugak kaki ku ini walaupun berat sekali.
Mungkin kerana niat aku yg baik, nak gembirakan mak, bos aku dengan mudah memahami walau aku tak citer keadaan sebenar...cuma aku cakap, aku ada hal kat kg. Huhuhu! cuti diluluskan!
Walau bercuti tapi hati tak tenteram neh. Risau fikir mcmana la weekend nih, semuanya berjalan lancar ke x, preparation barang2 berkaitan pelancaran baru dh lengkap ker? Ada salah ke tak? Haissshhh! Stress! Stress!
Aku asik membebel pasal kerja
neh, org mesti tertanya-tanya... Apsal la x prepare awal2 kan? Erm...keje
macam aku nih, (ke kat tempat kerja aku jek, cenggini) tiada istilah ready awl2nya. Selalu last minute, nak confirm segalanya... Semua terkejar-kejar. Tuh yg stress tuh! Bos kat atas plak asik menekan jek... ape nak jadi, terjadi mahupun dah terjadi, bila dia cakap project kena start launch pada sekian2 tarikh...project itu harus di lahirkan tepat pada masa yg dikehendaki. Huwaaaa! tu la sllnya kitaorg kerja tunggang langgang! *pengsan* Best jadik bos nih, tak sape berani membantah...kan! kan! kan!
Sekarang nih aku memang nak pengsan atas katil nih. Serius, penat sangat. Letih fizikal & mental hoo! Tidur tak cukup...penat keje, penat gak melayan adik aku yg datang berkunjung.
Hujung minggu aku di kampung. Walau jauh beratus-ratus kilometer, ingatan aku tetap kat office...Huhuhu! Doa aku panjatkan sentiasa, agar semuanya berjalan lancar, bos puas hati dengan kerja aku & xde silap yg besar-besar! Ameen...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^