Isnin, 24 November 2014

Kejadian 'terjatuh' @ LRT Construction Site


As Salam...

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur lagi. Kalau hari tu "terjadi terjatuh" tu, takde la entry ni. Mungkin korang baca kat surat kabo je la. Huhuhu...

Sabtu, Federal Highway sebelum exit Subang Jaya. Gambar dari henfon tunang. Keta kitaorg kat lane sebelah kiri depan sekali. Aku mengantuk kat sebelah. Kejap pejam, kejap bukak mata. Sekali bukak mata, terus terpandang kat atas. Benda yang kat atas tu tengah bergoyang dan jatuh tak lama tu. Aku goyang-goyang tangan tunang kat sebelah, berhenti...berhenti...berhenti... Eh yeke ke aku cakap berhenti, ke aku cakap brek....brek...brek. Ntah tak ingat dah. Dia sempat brek. Nasib tak laju pun drive masa tu. Nampak yang tergantung tu? Kren tu warna biru, dia bergoyang terus jatuh kat atas jambatan tak siap lagi tu. 2 batang besi terpelanting kat bawah. Kat gambar tu, pekerja tengah kutip besi tu. Aku ketar kot. Pandang belakang tengok dah banyak keta berenti. Tak lama lepas pekerja tu suruh kereta bergerak. Memang teringat lagi la, macamana kren biru tu bergoyang pastu tetiba hempap jambatan tu.


Keesokkan harinya bukak FB tengok ade post dari SJ Echo pasal kejadian nih. Actually masa malamnya nak balik Selayang Federal Highway dari KL menghala ke Shah Alam, sebelum exit Subang Jaya tu jem sesangat.  So keluar kononnya rumours pasal jambatan senget. Aku syak malam tu dorang tutup lorong kat federal sebab nak check ke nak alih ke benda ni ntah. Tengok kat Twitter ramai tweet kalau nak ke Shah Alam or Klang jangan guna Federal Highway. 


Post dari FB SJ Echo. Mechanical failure? Aku punya ketaq pun tak habih lagi. Huh!

Bos messange kat group whatsapp hari Ahad. Crane biru yang sebelah jambatan sana...macam tu kedudukan asal dia. Yang sebelah sini, terjuntai tu...dah lepas runtuh. Yang mechanical failure tu. Yang terbang 2 besi ke bawah tu! Huhuhu














2 ulasan:

  1. ya rabbi... ngerinya... dapat rasa perasaan tu dan awak mengambil tindakan yg patut...

    saya ada pengalaman di FH juga dulu... lori di depan saya tetiba tayarnya meletop dan sisanya berterbangan (pelik lori tak pulak berhenti... terus je jalan)... saya kat belakang terkejut beruk dan terpaksa berhenti tiba2... kalau tak mau sisa tayar yg besar tu terbang ke cermin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adoi boleh plak lori tu tak benti padahal tayar dah meletop. Huhuhu! Tu lah, malang ni tak berbau. Tp mintak2lah ajal kita tidak dgn cara2 sebegitu. Amin.

      Padam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...