Assalammualaikum...
Kembali ke halaman rindu. Eh...tiba!
Mkayyy, rasa dah ade mood dah nak tulis pasal wedding. Nak mula dulu dengan hari nikah. Tak ingat sebelum ni ade tulis atau tak rancangan tempat nikah dekat surau taman perumahan aku. Cadangnya pukul 3 petang hari Jumaat, 1hb Mei 2015. Dua minggu sebelum harinya, aku whatsapp kadi untuk remind dia. Masa tu la aku dapat berita tak berapa nak best, kadi tu mintak untuk aku nikah di masjid bersama-sama 4 pasangan lain. So, total semua 5 pasangan. Aku hampa gila masa tu. Bagitau mak, mak kata takpela, nak buat macamana. Huhuhuhu. Aku tak bagi jawapan terus, seminggu lepas tu baru aku cakap OK. Nak buat cane, ustaz tu cakap kesian kat dia, ada sebelas pasangan yang dia nak nikahkan hari tu. Date cantik punya pasal la ni:( Aku memang langsung tak perasan date tu. Date tu ayah Shafiq yang pilih. Dah dekat-dekat hari majlis aku baru terperasan date cantik tu. Siap cakap kat Shafiq, "Eh date kita nikah nih cantik la...1515. Dia jawab..."Laa, memangla, awak tak tau ke" Hahaha! aku memang blur. So, rentetan dari date tulah terhasilnya #shafiqreen1515. Hiks!
Disebalik date yang cantik tu banyak kisahnyanye. Kisahnya sebab cuti hujung minggu yang panjang. Jumaat tu cuti hari buruh, Sabtu dan Ahad bersambung plak ke Isnin sempena ganti Ahad hari Wesak. So dah cuti panjang, paham-paham la highway cane. Huhuhu! Shafiq gerak ke Taiping hari Khamis, aku hari Isnin lagi dah balik. Ada sedara mara yang gerak hari Jumaat. Termasuklah photographer dengan MUA yang diimport dari KL dan juga barang hantaran yang disiapkan oleh sepupu Shafiq. Dorang target untuk sampai Taiping dalam pukul 10 pagi, gerak dari KL lepas Subuh camtu. Malam Jumaat tu aku dah dengar dah laporan duk cakap highway dah start jammed. Esoknye, dalam pukul 10 MUA mesej dia cakap tak dapat sampai cepat sebab jalan sesak sangat. Aku pasrah je, tapi aku yakin dia akan sampai dan sempat buat kerja dia. Photgrapher berdua kawan Shafiq, itu aku serahkan kat Shafiq. Takde risau sangat pasal tu. Cuma kesian la kat dorang 6-8 jam weh atas jalan. Biasa KL - Taiping, paling lama pun 3 jam je.
Akhirnya, MUA sampai pukul 1:40 camtu, sempat aku Zohor semua then dia start buat keje dia. Photographer pun Shafiq bagitau dah sampai, lepas dorang solat Jumaat baru datang kat rumah, start ambik gambar. Masa tu aku dah tak boleh fikir pape dah. Aku punya la nervous sampai pakai tudung pon tangan mengeletar. Nasib MUA tolong pakaikan! Hahahaha Sebelum ni orang tanya aku cakap tak rasa pape, ok je. Bila sampai masa dia, haaa! kelu wey, aku senyum pon bibir bergetar. Mesti photog tu cakap apelah dia ni, reti senyum ke dak. Bhahahha!
Lepas mekap 2:45 camtu terus nak gerak ke Masjid. Awal-awal pagi ustaz dah whatsapp bagitau nikah 3 tepat. Haa stress! Sampai masjid, dah ramai orang kot, kata 5 pasangan kan. Huhuhu. Masuk dalam masjid, aku dengar nama Shafiq dah dipanggil. Dia mana?? Tak muncul lagi. Hahaha! Kitaorang ingat, sape sampai dulu dia nikahkan, lepas dah habis boleh balik la. Rupanya dia panggil kelima-lima pasangan duduk kat depan, pastu dia nikahkan satu-satu. Lagi la aku berdebar, Shafiq aku tak tau la camane dia punya debar pulak. Huhuhuhu
Kitaorang pasangan yang pertama sekali. Majlis dah mula, sebelum nikah kena sign serah wali, sebelum tu pengantin perempuan kena baca lafaz serah tu. Wali aku, adik lelaki, abangcik. Kali kedua dia jadi wali. Masa baca lafaz serah tu aku sebak bila sebut part nama wali, sampai terhenti kejap. Tak sangka ini yang aku lalui... Ingat arwah abah akan ada untuk jadi wali kami semua, tengok kami kahwin, tengok cucu membesar...tapi perancangan DIA sebaliknya. Al-Fatihah untuk arwah abah.
Dah lepas aku sign surat serah wali tu giliran abangcik plak untuk baca serah akad tu pada kadi. Then baru kadi start nikahkan. Aku duduk belakang Shafiq, aku boleh nampak dia punya berdebar macam mana. Lain pulak nampak dia masa tu. Yelah sebelum ni dia kan asyik buat lawak je, gelak memanjang. Masa tu aku nampak muka pucat kot. Hahaha!
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, selamat semuanya. Dia kena bahan dengan tok kadi sebenarnya, yelah dia pi goncang tangan tok kadi jugak tu kenapa. Hahahaha! Tok kadi pun boleh tahan lawak. Semua pakat duk gelak je.
Lepas upacara akad nikah (lepas kelima-lima pasangan selesai) kami balik ke rumah. Ada jamuan sikit dan upacara membatalkan air sembahyang. Petang sikit kami pegi ambik gambar kat outdoor. Venue dia, kilang arang kat Port Weld. Cadangnya hari ni outdoor kat sini esok lepas sanding kat Taman Tasik Taiping.
Masa on the way ke venue nak photoshoot tu aku tanya la kat Shafiq apesal nampak berdebar kemain, sampai pucat. Hahaha! Mau tak, dia cakap semua mata pandang kat dia kot. Bukan sedara mara je, orang yang tak kenal pon ada. Hihihihi!
Alhamdulillah, selamat dah! Hahaha Nampak tak Alya...dia je yang setia duduk kat sebelah, tolong Mak Long dia kurangkan nebes. |
*Gambar-gambar adalah sumbangan dari keluarga dan sedara mara, selain dari photog. Handphone sendiri tak tau kemana pada hari kejadian*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^