Jumaat, 19 Jun 2015

Cerita Berbuka Day 1

Hi Assalammualaikum

Tajuk macam ade cerita berbuka day 2, day 3, 4, 5 and so on. Takdelah, tak rajin sangat nak hupdate hehari. Hehehe

Mengantuk, penat, tak cukup tido. Huhuhu. Kelam kabut ya ampun 1st day puasa kami. Kesian Shafiq! 

Ceritanya, balik keje pukul 4:30 petang tapi aku tak drive dah nak dekat 3 minggu, kereta problem. So hari-hari Shafiq menghantar dan menjemput. Awal gelap dah gerak pi kerja sebab lepas hantar aku Shafiq terus ke Klang. Patah balik kot, dari Subang hantar aku ke PJ then dia ke Klang. Haha! Apo nak buat, bekorban la untuk sementara ni. 

Dapat balik 4:30 pun aku tak sampai awal ke rumah sebab Shafiq balik cam biasa, pukul 5. So, semalam dia ambik aku dalam 5:40 camtu. Balik memang nak masak. Bahan-bahan semua dah prepare dah siap-siap malam semalam. Aku excited nak berpuasa as bini, semua aku prepare siap-siap lepas balik terawih. So of course aku tido lambat malam tu sebab duk bekerja kat dapur. Kat ofis keje menguap je aku. 

Sambung balik balik keje nak masak... Nak jadi cerita jalan jem sungguh, so keterujaan aku nak masak jadi dah tak teruja. Haha! Masuk USJ je dah nak dekat pukul 7. Then, Shafiq cakap kita singgah bazar ramadhan dulu, cari kuih ke ape ke sebab aku takkan sempat nak masak nih. Adik aku kat rumah dah sampai, dia masak nasi dulu siap-siap. Keluarkan ayam dari freeze. Sebelum tu aku dah pesan suruh dia beli pape untuk berbuka dulu, aku tak sempat nak masak. 

Pegi bazar dekat USJ 4. Ok ni kelakar, semua makanan tinggal bekas kosong. Yang ade pun kena beratur panjang-panjang nak beli. Sampai hujung berjalan dapat beli air soya je. Patah balik dapat beli kuih bingka ubi. Kahh! RM3.50 untuk  3 potong. Shafiq membebel la mahal. Hahaha. Actually masa tengah beli kakak kat sebelah dah cakap dah.. uishhh mahalnya. Hahaha. Aku cakap kat Shafiq, biasalah Subang Jaya. Hisk! Ouhh kat bazar tu ternampak Eina Azman dengan husband dia. Opss Datin Paduka Eina Azman. Shafiq, cuit-cuit aku.. Eh tu Eina Azman tu kan. Haa kerlas lakiku pun kaki gossip nih, kenal plak dia retis. Hahahaha. Pastu nampak Zain Saidin plak, Che Ta dengan baby die takde. Hiks

Sampai rumah, aku kelam kabut la kat dapur start masak. Shafiq yang hidangkan air dengan kuih. Masuk waktu, tom yam aku baru mendidih atas dapur. Aku minum air je dulu. Nak masak jugak sebab Shafiq nak makan nasi.  Sempat! sebelum pukul 8 semua dah ready. Lepas solat baru makan. Aku tengok adik aku punya juadah rupanya banyak. Dia beli lauk 3 jenis. Katanya teringin. Cisss! tak tengok dulu, kalau tau tak yah masak. Hehehhe! Tapi apa pun still kena masak jugak pastu sebab nanti nak sahur. Kalau lauk beli ni takdenye tahan sampai sahur, takut dah basi karang. 

Lepas makan, rehat jap pastu Shafiq siap-siap nak pegi terawih. Aku ponteng, tak larat rasanya sebab dah kelam kabut tadi. Lagipun dapur dah tunggang langgang memasak tadi tak kemas. 

So itulah ceritanya di puasa yang pertama. Aku harap-harap sangat lah dapat biasakan keadaan macam ni. Kalau bujang dulu, makanan berbuka semua beli. Sahur aku makan roti or nestum je. Sekarang kena masak sebab Shafiq nak makan nasi masa sahur. Dia kata masak satu lauk pun takpe.  Aku masak lah apepun dia asyik cakap sedap je. Ntah betul ke tidak pun tak tau. Hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...