Hi & Assalammualaikum
Lelaki Itu Dia
Aleeya Aneesa
RM28.00
640 pages, Paperback,
April 2015 by Alaf 21
Goodreads Ratings : 4.28/5
My Ratings : 4.9/5
Ini bukan buku pertama karya Aleeya Aneesa yang aku baca. Dulu-dulu dah baca buku-buku yang lain. Sampai dah tak boleh nak recall tajuk ape. Hehehe
Lelaki Itu Dia mengisahkan Shana Melati yang memburu 'cinta' Syed Thaqif. Misinya adalah untuk membuat Syed Thaqif jatuh hati padanya. Hari-hari Shana akan membuat panggilan telefon dan berjaya menghuru-harakan hari Syed Thaqif. Dari panggilan telefon membawa kepada pertemuan.
Ok, mula-mula baca buku Lelaki Itu Dia ni, rasa macam meluat jugak dengan watak Shana. Kejap putus tunang, kejap kejar suami orang, pastu tetiba pulak jadi stalker kepada Syed Thaqif. Gedik dia, rasa macam eh, kau dah kenapa macam perigi cari timba nih?! Dah la putus cinta sampai separuh mati. Tetiba berubah jadi gedik-gedik pulak kan. Haha! Emosi.
Bila makin baca dan baca ternyata, perpepsi terhadap Shana berubah. Terus jatuh kesian. Huhuhu! Tenyata penulis berjaya membuat emosi aku huru hara.
Shana yang 'mengilai' Syed Thaqif rupanya adalah perancangan Budriz dan Yasmin, adik kembar Syed Thaqif sendiri. Apabila apa yang dirancang jadi sebaliknya, mereka mulai cuak. Bila keadaan semakin meruncing, masing-masing diburu rasa bersalah yang teramat. Tapi nasi dah jadi bubur, masing-masing harus menerima akibat.
Apabila Shana dan Syed Thaqif bersatu, dugaan demi dugaan menimpa. Shana, masih trauma dengan kisah lalu yang menghantuinya. Kepercayaan Syed Thaqif mula goyah. Zaza, teman wanita Budriz pula memburukkan keadaan. Kerana cemburu dan iri hati Zaza, rumah tangga Shana goyah. Konflik dengan ayahnya Tan Sri Zaidi dan adiknya Haidar menambahkan luka dihati.
Watak-watak dalam cerita ni semua best. Penulis berjaya menghidupkan watak dengan karektor yang tersendiri. Aku suka watak Yasmin, sunguhpun dia muda tapi pemikirannya matang. Watak yang dibenci, Haidar. Walau watak Zaza lagi jahat tapi Haidar berjaya buat aku benci dengan dia. Seorang adik yang bongkak dan kurang ajar terhadap kakaknya. Tapi, bila akhirnya dia jadi baik, terubat sikit la benci aku. Hehehehe...
Tak rugi beli buku ni. Jalan cerita tak klise macam cerita cinta yang biasa. Bila dah start baca terus nak membaca sebab nak tahu ending dia macam mana.
Selamat membaca.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^