Ahad, 2 Ogos 2015

Pindah Rumah

Hi Assalammualaikum,


Orang lain mood open house sana sini, kami rumah tunggang langgang. Hiks! Akhirnya pindah jugak. Dah tak jadi budak Subang Jaya dah. Hahaha! Dari Subang Jaya ke Bandar Kinrara. Shafiq memang berkenan dengan rumah setingkat ni. Sewa pun tak mahal. Nak ikutkan rumah kat Subang dulu dua kali ganda sewanya dengan yang sekarang. Dah ade chance peluang rumah lagi murah memang dia tak lepas peluang. Terus pegi tengok, terus bayar deposit. Sebelum ni survey-survey dekat Shah Alam, flat PKNS tu lagi mahal dengan sewa kat rumah Bandar Kinrara ni.

Kerja pindah randah ni sedikit sebanyak menyerikkan jugaklah. Huhuhu! Aku budget barang sket je la. Setakat barang besar-besar macam peti sejuk, mesin basuh, mesin jahit je, tengok-tengok penuh jugak lori 1 tan tu. Pastu yang buat kejenye kitaorang je la, suamiku, adikku 2 orang Azam dengan Ngah bab. Aku jadi mandur, mengarah je. Hahaha! Yelah orang mana ade masa nak tolong, mood raya lagi... semua pegi open house. 

Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Dari urusan lori sehingga ke urusan punggah memunggah. Oh ya! urusan dengan tuan rumah lama jugak. Semuanya dipermudahkan. 

Cuma... rumah baru ni, ambik masa sebulan jugak kot nak mengemas. *nangis* Semuanya tunggang langgang lagi. Tak dapat rasanya nak ajak kawan-kawan beraya ke rumah. Dapur pun tak berasap. Huhuhu

Masa yang nak mengemasnya hanya di hujung minggu je la. Itupun minggu ni weekend, suamiku kerja. Ahad minggu depan pulak aku keje. Nak ngambik cuti memanglah tak. Cuti pun dah takdek. Takpelah, kemas la slow-slow mana mampu. Kitaorang pun tak beli perabot baru. Guna balik ape yang aku ada masa bujang dulu. Sampai katil pun takde lagi. Sebelum ni ade je katil tapi aku tak nak ambik risiko lepas kahwin tido berdua dengan katil tu. Banyak skru dh tercabut, kang tak pasal-pasal tragedi katil runtuh. Kahkahkah! Kalau ikut wishlist banyak jugak nak beli, katil, tv, sofa, almari klasik warna putih. Hahaha! Tapi memandangkan tak mau berhutang so kita slow and steady, beli satu-satu pasni. Insyaallah.

Oh yew! rumah baru ni takde tiles, simen jer. So kena la beli tikar getah. Dah beli dah... ya ampunnnnn nak pasang dia menguji kesabaran. Nantilah entri yang lain cite pasal pasang tikar getah pulak. Menangis, bertekak semua pun ada. Huhuhuhu!

Sehingga bertemu lagi...


Tengok tikar tuuu! *nangis*

Eh pehal pulak kuali Astro atas lemari tu! 

Tunggang langgang rumah. Ni kalau nak cari shawl selai pun belum tentu jumpa nih, apatah lagi seluar kecik! Kah! :p


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...