Rabu, 26 Ogos 2015

Semoga semuanya baik-baik sahaja...

Assalammualaikum...

Lama tak datang sini.... Saya sedang melalui satu fasa yang sukar sekarang. Entahlah nak cakap macam mana, cuma selalu rasa tak sihat. Badan lemah & tak bermaya. Nak memasak tak mampu, nak mengemas tak larat, apatah lagi nak mendobi... semua husband yang buatkan sekarang. Habis-habis pun saya iron baju keje je. Tu pun Ahad kelmarin dah hantar dobi ironkan untuk stok seminggu. 

Bukan nak merungut, tapi sebelum ni dah biasa aktif, dah biasa buat itu ini so sekarang nak biasakan dengan keadaan baru ni agak payah. Kadang-kadang balik kerja saya terus terbaring, makan pun takde selera, nak borak-borak dengan husband pun tak. Pastu saya selalu berbunyi, tanya husband... kenapa teruk camni, kenapa saya tengok orang lain tak macam ni pun. Huhuhu! 

Nasibla husband faham, sabar layan kerenah saya. Semoga saya terus kuat menjalani masa-masa sukar ni. Semoga semua ni takkan berlarutan lama. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...