Rabu, 1 Julai 2015

ShafiqReen1515 Wedding - Sanding 2 May 2015

Assalammualaikum...

02/05/2015... Akhirnya.... gabra betul bila fikir cane nak duduk diam-diam kat atas pelamin dan sepanjang masa tersenyum je. Hahaha

Bangun awal pagi, sempat lari pegi pasar beli breakfast. Lepas breakfast setting backdrop kat photobooth jap. Pastu baru aku mandi dan ready nak make up. Nak pegi bersiap dan mekap kat rumah homestay family Shafiq. Actually nak mekap kat rumah tapi bila fikir-fikir balik nt kat rumah ade majlis tahlil, takut nanti MUA tu nk masuk tak leh. Nak kena pusing jauh-jauh kan. So, cakap ngan mak nak mekap kat rumah homestay. Mak bagi greenlight, pukul 9 pagi aku pegi sana. Janji ngan MUA dalam 9:30 pagi. Mr. Photog suruh awal sket sebab dia nak shoot after mekap tu. Macam biasa, aku takkan dapat nk tepat-tepat masa tu. Ade je keje nak buat. Hehehe! Last-last suh MUA datang kol 10:45 ke 11. Dah mekap semua, cuaca gelap kat luar! Alamak... tragis. Hujannnnnn...

Berarak la sangat, hujan sampai ke petang uolss! Ade orang ngusik aku, pengantin makan dalam periuk la nih. Hmm... entah, ade ke? Rasanya takde la, takde pelahap buruk perangai sangat sampai nak makan dalam periuk. Hahahaha

Sedih memang sedih, tapi acane?? Kita hanya merancang. Terima je la. Hukhukhuk! 

No outdoor photoshoot. Dulu-dulu duk berangan (yang masa tu belum tau lagi ntah bila nak kahwin) wedding photoshoot aku mesti nak kat Taman Tasik Taiping. Akhirnya punah weh angan-angan tu. Hahahaha! Jadinya banyak gambo masa kat bilik, kat pelamin ajela:'( 

Untuk servis pelamin dan baju aku guna kan servis ZK Bridal Collection. Dj pun pakej sekali. Dj kemain tau, ramai betul orang suka. Dj serba boleh, menyanyi lagu Ziana Zain pon terror. Baju yang kitaorang pakai bukan baju baru, kitaorang orang kedua yang pakai. Masa pegi kedai nampak design baju tu terus berkenan. First customer yang nak pakai baju tu pun belum pakai lagi. Shafiq pon setuju, aku terus cakap nak pakai baju tu. Walau bukan baju baru tapi size dia terletak je. Dia alter ikut size kitaorang. Betul-betul alter, bukan main pin aje. Overall puas hati dengan baju dan pelamin.

Photorgrapher, Rosli Bidin Photography. OP untuk semua majlis kitaorang (nikah, sanding & bertandang) Dorang ni kawan Shafiq. Aku malu nak posing-posing, serius nampak keras, kaku dan kayu. Tapi, dorang ayat pujuk..."reen, model pon dorang mula-mula kayu, dorang belajar jugak" Hahaha! so kayu pon kayu lah. Redah je. Keje dengan dorang best, peramah dorang ni. Dorang la agaknya pening kepala kot layan kerenah Shafiq, mentang-mentang dia pun photographer banyak songeh dia... nak macam tu, macam ni. Huhuhuhu

Kawan-kawan dari KL pun ade datang hari tu. Nampak je muka dorang yang datang, happy tau iols! Sangat menghargai...jauh korang datang, dengan menempuh jem nye lagi. Harap-harap layanan memuaskan hati dan makanan mengenyangkan perut. 

Okeh, tak larat nak membebel dah. Biar gambar pulak yang berbicara. By the way, gambar tak dapat lagi. Yang gambar-gambar ni kebanyakkannya dari go pro Aiman dan 3-4 keping dari OP sendiri. 


























Official Photographer : (FB)Rosli Bidin Photography, (Instagram) roslibidinphotography

MUA : Fazs.Faozi / +6013 394 4088

Pelamin, Baju, DJ & Makan Beradap : ZK Bridal Collection 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...