Rabu, 1 Julai 2015

Balik Kampung & Durian

Hi Assalammualaikum..

Last weekend balik Taiping. Sehari je pun, sebab tak boleh ambik cuti. Aku cuti dah takde, kena simpan untuk raya. Pastu Shafiq pulak baru keje. Nak merasa berbuka dengan mak. Tahun ni raya turn Shafiq so tak sempat la nak berbuka dengan mak. Sob sob sob...

Sekarang ni kan musim durian. Memang meleleh leleh air liur teringin. Hahaha! Sabtu malam tu lepas berbuka pegi lepak makan durian. Shafiq yang over teringin ok. Aku mula-mula tu macam biasa-biasa je, tak rasa sangat pun nak makan beria. Sebab cuaca kan panas sekarang, makan pulak durian haru panaih satgi. Tapi bila dah rasa seulas, seulas seulas pulak laju masuk mulut. Hahahaha

Pastu cadang nak bawak balik KL. Esoknye pegi Batu Kurau, beli terus dekat dusun. Orang duk punggah naik lori kitaorang tumpang beli. Tunang sepupu yang arrange. Kitaorang bagi budget nak berapa berapa dia ready siap-siap pilih. Kami bahagi dengan mak, penuh jugak bonet kereta bawak balik durian ke KL. 

Harga boleh tahan mahal jugak lagi, sebab baru start kan musimnya. Mak kata tunggu la raya ni, bersepah tepi jalan orang menjual. Pastu orang pun macam dah jemu dengan durian. Masa tu harga murah la. 

Boring duk sebbelah je tak buat pape, so kacau orang sebelah



Makan durian dekat gerai tunang sepupu. Puas makan. Hehehe

Durian batu kurau. Tengah nak bawak naik lori


Yang kitaorang beli nak angkut masuk kereta. Penuh bonet, RM120.
Haaa! penuh bonet. Habisla, perfume durian semerbak kot!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...