Rabu, 29 Julai 2015

Hari Raya 2015

Hi & As Salam,

Masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin semua. Cane raya korang? 

Ade ramai kawan-kawan yang raya dengan status baru eh tahun ni. Tak kisahlah raya berdua dengan suami or bertiga dengan baby. Hehehe! Macam kite pun tahun ni pertama kalinya raya pertama tak beraya dengan family. Tapi raya dengan family baru, family in law dekat Selayang. Hehehe

Baju tema sedondon dengan suami. Gituuu! Hahaha! Last year, teringat suami ade post (masa tu bakal suami) kat instagram gambar aku ngan dia. Dia cantum kat pic stich, caption lebih kurang bunyi dia..."Tahun depan beraya bersama ye, tahun ini edit kasi cantum" Hahahah! Alhamdulillah, tercapai hajat dia. Kehkehkeh:D

Masa raya pertama tak kemana. Tunggu tetamu datang beraya pastu beraya dekat rumah pakcik makcik suami dekat-dekat situ jugak. Aku masak laksa, suami yang request. Malam raya masak kuah then bawak pegi rumah mertua. Esok pagi-pagi baru celur laksa. Kawan-kawan suami pun datang beraya jugak. 

Raya kedua pergi beraya ke Sg. Tengi, malam aku dah flat, sakit kepala. Masa siang tu panas terik, petang hujan lebat kemain sampai ke malam. Suami je pegi beraya rumah Mak Su malam tu. Aku tinggal rumah dengan mama mertuaku, dia tak sihat. 

Raya ketiga, balik Taiping. Yeayyyy! Sampai kat Sg Perak baru sedar baju raya tertinggal. Huwaaaaa! Aku perasan bila tengok kereta sebelah baju raya dia gantung-gantung, pandang belakang tengok kitaorang punya takde. Merajuk sekejap dengan suami, sebab dia tak bagi aku ambik kuarkan dari almari siap-siap. Dia cakap nanti-nanti. Last-last tertinggal. Huhuhuhu:'(

Raya kat Perak sampai hari Rabu. Puas beraya la, semua rumah yang patut pegi dah pegi. Makan tak yah cakap, full je perut senantiasa. Haha. Paling bestasa beraya dekat Batu Kurau. Di hidang dengan bihun & Kuey Teow Sup pastu durian dan rambutan. Meriah! Husband siap panjat pokok rambutan lagi. Adoi! penat nak kawal dia hari tu, hyper sangat. Hahaha! 

Hari Jumaat dah masuk keje balik. End holiday...:'( Paling tragis cuti tahunan aku cuma tinggal 1/2 hari je lagi. Kena la volunteer keje weekend lepas ni untuk collect replacement leave. Baru nak masuk bulan 8 kot. Huhuhuhu

Dah tengahari bergambar neh, cair dah make up semua! Huhu

 
Medina Sofia yang comel bam bam! I want baby girl too!!!



Raya ke 2, merah mak ngah!


Perjalanan nak balik ke Tepeng. Masa ni belum sedar lagi baju raya tertinggal:(

Buat hati Mak long & Pak long, Alya Imanina & Adelia Irdina.

Sebelum keluar beraya posing dulu!

Budak berdua ni nak naik kereta dengan Pak Long, tak nak naik dengan ibu ngan ayah depa.

Raya ke 5. Baju kurung tu beli baru kat Taiping. Nasib murah, 2 pasang RM100.00 Hahaha!

Semangat mengopek durian!


Nak kerjakan pokok rambutan pulak! Memula kait dari bawah je....

Nampak tak kepala kat celah-celah daun tu? Gigih tau Ahmad Shafiq tu memanjat. Huhuhu















1 ulasan:

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...