Sabtu, 15 September 2012

Melepas rindu....

As Salam.

Alhamdulillah...masih lagi bernafas di lapangan blog ini. Ahakss!
Rindu nak menceceh, rindu nak bercerita tetapi kesibukan amatlah menghalang. Huhuhu!

Sampai saat ini pun masih duk rush banyak benda. Masa gini la nak submit assignment, test, quiz dan juga presentation. Tak menang tangan dibuatnya. Kat ofis pun keje banyak, tak tercerita la. Maka saya adalah manusia yang paling sibuk di abad ini. Hahaha! Takpe-takpe biar sibuk dengan tugas dan kerja, jangan suka menyibuk hal orang. Tettttt!

Rini dah 28 Syawal. Cepat sungguh masa berlalu. Kesibukan dgn keje adalah sangat tidak syok di bulan raya nih. Banyak open house yg ketinggalan tau. Tapi malam nanti boleh pegi open house:) Hehehe! Kiranya penutup la malam nih. Esok kalau ada jemputan pun xleh pegi, sbb keje... -,-

Senanya dr bulan puasa ritu dah lama menahan nak datang sini, nak menceceh panjang-panjang, jalan-jalan melawat kawasan, tapi tu la...masa yang ada tak mengizinkan. Hari ni kiranya singgah sekejap, lepas rindu la nih. Ehcewahhh!

By the way, walaupun dah lambat sangat nih, walaupun dah raya yg ke 28... nak jugak ucapkan Selamat Hari Raya dan minta maaf kalau ada salah dan silap di sini. Manalah tau, terkomen yg mengguris hati ke, menceceh tak pandang kiri kanan hingga ada yang terasa ke. Ampun dan maaf ku pohon jua. Hihihi!



Gambar semalam kat office sempena Hari Raya Open House 2012 anjuran LBS Sport Club! 

Khamis, 26 Julai 2012

Bila demam menjengah....

Assalammualaikum...

Dugaan di awal ramadhan. Demam tetiba menjengah. Rasanya dah lama tak demam nih. Memang kite jarang sakit, tapi bila dah sakit...memang teruk la. Huhuhu! Demam kali nih tak tau nape dengan badan sekali sengal yang amat. Kaki lenguh, belakang badan tak usah cerita la. Solat pun, bila rukuk terasa sakit betul. Hari ni MC. Baring-baring konon nak tido, tapi kejap2 terjaga.

Sedihnya bila sakit begini tapi jauh dari mak. Kalau mak ada mau merengek mintak picit kaki, badan sana sini sampai tertido. Okeh, part merengek bila sakit tuh memang tak boleh buang walaupun dah tua bangka begini. Huhuhu! Malam tadi pun tido ngan debab konon-konon nak mintak dia picit bagai, tapi dia lebih dulu dibuai mimpi. Alamat la dia nak melayan. Hahaha

Tak suka sebenarnya nak memonteng kerja begini. Bossn yang amat kot. Tapi kalau pergi kerja pun bukannya larat nak buat kerja. Macam semalam, asyik menghitung waktu nak balik je sebab sejuk air cond yang amat. Kejap-kejap letak kepala atas meja. Pastu batuk, bersin... Semua orang pakat lari jauh-jauh takut terkena virus. Hahaha

Harap-harap demam nih tak berpanjangan la sebab kite ni pesen takut nak makan ubat, takut nak jumpa doktor. Huhuhu!

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan

Assalammualaikum...

ISNIN bagitahu SELASA
suruh cari RABU
takut tak jumpa KHAMIS
sebab dah janji dengan JUMAAT
nak bagi tahu SABTU dah puasa...

Esok, 21 Julai 2012, umat islam di Malaysia akan mula berpuasa. Umat islam di Indonesia hari ni dah start dah.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak semua. Kejap jer, pejam celik dah menjelang ramadhan kembali. Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan umur untuk bertemu ramadhan kali ini...

Tahun kedua berpuasa tanpa arwah abah:( Harap-harap dapat kerap balik Taiping kali ni, nak teman mak. Harap juga dapat berterawih sebanyak yang mungkin. Kelas pun rasanya ada lecturer yang tak adakan kot, so dapat la kalau nak berterawih. Berniat untuk berpuasa dengan penuh tawaduk dan bukannya setakat menahan lapar dan dahaga sahaja. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

Khamis, 19 Julai 2012

LBS Gala Night & Majlis Pertunangan

Assalammualaikum...

Dari sehari ke sehari nak update pasal dinner dan majlis pertunangan hari tu, punya la takde kelapangan...hari ni baru berkesempatan.

Ha! dalam entry sebelum ni iols ada update nak pergi company annual dinner. So, telah selamat pun dinner tersebut. Happening dan pening pun yer. Warna-warni uols. Iols pun gigih melaram kekonon ikut tema kan. Hiks! Dah pakai warna terang-terang dan colourful gitu nampak sangat kedebaban daku. Huwaaa!

Keesokkan harinya, Ahad...ada kenduri bertunang pula. Jeng! jeng! bukan diri ini yang bertunang, tapi teman baikku, Nurul Ain. Yeay!!! Congrats dear! Hari kenduri tuh aku pergi dengan Erin dan Izzard. Tapi kami pergi agak lambat, terlepas momen2 sarung cincin tuh. Gambar hantaran pun tak sempat snap. So, kami aje la yang melaram bergambar kat pelamin tunang tu.

Okeh, tak larat dah nak menaip pepanjang, jamu je la mata tengok gambar-gambar untuk dua hari majlis tersebut. Ada gambar yang cantik ada yang tidak, almaklumlah gambar dari camera handphone je. Camera comel aku dah kena rembat dengan perompak. Bergambar dari handphone je la yang mampu. Gambar yang cantik tu dari camera orang lain, yang blur-blur tuh dari camera handphone ku yang tak berapa nak canggih sangat. Gituuu! :P

Oh ya, pasal lucky draw....Bukan rezeki iols nak bertuah dapat iMac tu malam tu;'( Nampaknya kena kumpul duit, beli sendiri la....






Baru sampai, baru lepas register. Amoi kat tengah-tengah tuh seksa aku nengok, berjalan nak kena mengheret benda bulat tuh sama.













Kak Ray & Shidah. Cantik seh baju Kak Ray yang merah tu! Shidah pun cantik...seri ibu mengandung.








Majlis Pertunangan Nurul Ain (Berkurung pink)

Congrats dear! Happy for you...

Ain & Farid, tunangnya.

Kite pun terfeeling sama. Hahaha!

Ehem! ehem! Seri dari Instagram nih. Ha!Ha!Ha!

Senyum tersipu-sipu, yang pasti aku senyum lebar sangat!

Ain & Izzard

Ain & Erin

Selasa, 10 Julai 2012

Galau di Hati....

Assalammualaikum...

Rindu ini datang lagi mengetuk pintu hati
Rindu ini membawa pilu yang meruntun jiwa
Aku rindukan wajahnya, aku rindukan suaranya...
Bahkan aku rindu ingin menyebut namanya.

Hati menangis saban hari mengenangnya
Merintih sepi melewati hari tanpanya disisi
Terkadang aku hilang arah, terkapai-kapai mengemudi bahtera hidup
Sukarnya untuk aku berdiri, melawan arus pancaroba dunia...

ABAH,
Kau pergi tanpa sempat aku mencurah kasih, menabur bakti
Kau tinggalkan diriku disaat-saat aku dahagakan tunjuk ajarmu, hauskan kasih sayangmu
Kau pergi tanpa kerelaan
Namun siapa aku untuk menghalang sesuatu yang telah tersurat...

ABAH,
Walau hati sukar untuk mengerti...
Walau rindu tidak akan pernah padam...
Aku harus akur pada Qada dan Qadar DIA
Aku harus REDHA...

Nota : Ya Allah...Rindunya aku pada arwah abah;( Tak terucap dengan kata, tak terzahir dengan perasaan. Saban hari ingatan singgah pada arwah. Saban hari gambar abah aku kucup. Itu sahaja yang mampu bagi meredakan rindu yang acapkali bertandang. Siang dan malam doaku, agar kami dipertemukan kelak di SyurgaMu. Rindu ini tidak akan padam, ingatan ini tidak akan mati walau jasadmu bersemadi kaku... Al-Fatihah.




Sumber Gambar: Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...