Khamis, 26 Julai 2012

Bila demam menjengah....

Assalammualaikum...

Dugaan di awal ramadhan. Demam tetiba menjengah. Rasanya dah lama tak demam nih. Memang kite jarang sakit, tapi bila dah sakit...memang teruk la. Huhuhu! Demam kali nih tak tau nape dengan badan sekali sengal yang amat. Kaki lenguh, belakang badan tak usah cerita la. Solat pun, bila rukuk terasa sakit betul. Hari ni MC. Baring-baring konon nak tido, tapi kejap2 terjaga.

Sedihnya bila sakit begini tapi jauh dari mak. Kalau mak ada mau merengek mintak picit kaki, badan sana sini sampai tertido. Okeh, part merengek bila sakit tuh memang tak boleh buang walaupun dah tua bangka begini. Huhuhu! Malam tadi pun tido ngan debab konon-konon nak mintak dia picit bagai, tapi dia lebih dulu dibuai mimpi. Alamat la dia nak melayan. Hahaha

Tak suka sebenarnya nak memonteng kerja begini. Bossn yang amat kot. Tapi kalau pergi kerja pun bukannya larat nak buat kerja. Macam semalam, asyik menghitung waktu nak balik je sebab sejuk air cond yang amat. Kejap-kejap letak kepala atas meja. Pastu batuk, bersin... Semua orang pakat lari jauh-jauh takut terkena virus. Hahaha

Harap-harap demam nih tak berpanjangan la sebab kite ni pesen takut nak makan ubat, takut nak jumpa doktor. Huhuhu!

2 ulasan:

  1. hihi :) follow you , jangan lupa follow kite balik :D

    BalasPadam
  2. hihi takut dgn doktor rupanya ye...selamat berpuasa dan hari raya bella...maaf zahir dan batin

    BalasPadam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...