Rabu, 2 Februari 2011

Chinese New Year & Balik Kampung!

Gong Xi Fa Cai!


Hari ni 2hb...office aku dah tutup sempena perayaan Tahun Baru Cina. Cuti sehari lebih awal dari yang lain-lain. Hari ni jugak ada class lagik. HuHuHu! Aku di dalam di lemma....nak attend class or nak cabut balik kg. Tak tau nak buat keputusan neh. Hati macam beria-ria nak balik Tepeng, tapi bila fikir-fikir, pasti la highway tuh sesak kan sebab semua kaum cina yang nak raya sok dah start balik kampung gak. Adoi...ku di dalam di lemma! (nyanyi sket ala-ala yusri KRU an!) HaHaHa!

Sempena Tahun Baru Cina, office di tutup dari 2hb hingga ke 7hb. Ha! lame an. Tapi rasanya aku dah start keje balik on 5hb tuh. Office still tutup, kitaorang kena keje kat site. So ade beberapa hari cuti neh, aku ingat nak balik kampung je. Bercakap pasal balik kampung neh...sebenarnya, ini kali pertama aku nak balik selepas peristiwa 'putus' itu. Aku tak pasti sangat, tapi aku agak mak mesti dah tau. Adik-adik mesti cerita lepas tengok status aku kat FB. Huwaaa! seriously aku takowt sesangat. Macamana nak berdepan ngan diaorang kalo nanti tetiba dorang tanya. HuHuHu! Mesti kena punya la. Paling-paling bodo kena sembur..."Ha, kan dah cakap, hang jugak bodo dok tunggu sampai 8 tahun, last-last habuk pun tadak..." Ya Allah, kuatkan lah aku untuk menghadapi situasi itu..... Biarlah mereka memahami dan tidak membangkitkan isu ini lagik!

Erm...mintak jugaklah segala urusan dan perjalananku di permudahkan oleh Allah S.W.T. Sehingga di ketika ini aku masih belum membuat keputusan sama ada mahu ke kelas dan gerak balik kampung besok je atau pun ponteng class dan bergerak sekarang juga. HuHuHu!!! By the way...Happy Chinese New Year Malaysia & Happy Holiday too. Have a safe journey and take care wherever you are! Daa....


Di Malaysia, bila tiba musim perayaan jer mesti jalanraya biasa ke, lebuhraya ke...sesak bukan main. Sabar je la....

P/s : Gambar-gambar yang terpampang di atas, adalah dari Ihsan Google!

2 ulasan:

  1. semoga selamat perjalan bella balik kampung. Hehe. Nak tahu harga Danbo yang kiut? Jom tengok blog saye plak. Hehehe

    BalasPadam
  2. ha! alhamdulillah selamat sampai suda. naseb la x jammed sangat...hihihi!!!

    BalasPadam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...