Ahad, 6 Februari 2011

Mimpi yang merisaukan!

Malam ini adalah malam terakhir aku di kampung. Esoknya nak bertolak balik dah...pejam celik, pejam celik dah nak abis cuti dah. Sekarang ni, masa berlalu terasa begitu la pantasnya!

Aku nak balik KL pun rasa cam berat hati je. Abah ni ha, macam tak ok lagi. Tak tenang jadinya aku. Dah la semalam aku mimpi. Aduhai! mimpi lagi... Mimpi kali ini memang menakutkan aku dan mendatangkan kerisauan yang amat sangat. Aku mimpi gigi patah. HuHuHu! Sebelum aku google pun aku dah tau sikit-sikit maksud disebalik mimpi gigi patah neh. Kata orang kalau kita mimpi gigi patah, akan berlaku kematian di kalangan saudara terdekat. Bila aku google je, memang yang keluar bercerita pasal kematian. Aku tak bukak pun, semua aku baca tajuk je. Takutnya...mintak-mintaklah mimpi aku itu hanya mainan tidur.

Bila difikir-fikirkan semula...ajal dan maut di tangan Allah SWT. DIA yang menentukan segalanya. Tak nak lah aku percaya sangat pada mimpi neh. Tapi, jauh di sudut hati aku, kerisauan itu tidak mahu pergi....Ya Allah, tenangkanlah hatiku dan kau panjangkanlah umur kedua ibubapaku. Aku masih perlukan bimbingan dan tunjuk ajar mereka!

2 ulasan:

  1. Ren.. aku mendoakan semoga ayahmu cepat sembuh dan panjang umur.Harap ko mampu bersabar dan terus berdoa ye.. Insyaallah =)

    BalasPadam
  2. Thanks Mona...aku pun harap xde ape2 yg buruk. Takutla, tak tau mcmana nak hadapi:( Setiap masa aku berdoa, harap2 abah aku cepat pulih!

    BalasPadam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...