Amat kesuntukan masa akhir-akhir ini. Baru jer memulakan kerja hari ini setelah beberapa hari cuti plus cuti kecemasan. Masa nak menjenguk blog neh pun agak terbatas. Pada follower-follower baru, terima kasih banyak-banyak kerana sudi mengikuti dan menjenguk-jenguk blogku ini. Maaf yer, saya belum sempat untuk membuat lawatan ke blog anda. Insya Allah, akan ku laksanakan bila keadaan mengizinkan.
Petang neh ada quiz plak. Minta-minta la dapat aku menjawab dengan jayanya. Akhir-akhir ini, semua yang aku lakukan dalam keadaan yang terkejar-kejar dan dengan kebimbangan yang tidak terperi. Bimbangkan kesihatan abah yang masih belum pulih. Setiap masa ingatan hanya pada abah. Nak balik semalam pun berat sangat aku nak melangkah. Tapi apakan daya...
Pada masa ini tiada apa yang aku inginkan selain melihat abah pulih dan kembali sihat. Sedih sangat tengok abah yang dulu tak pernah duduk diam, ada sahaja kerja yang di lakukan, kesana dan kemari kini hanya terlantar lesu. Nak berjalan pun terpaksa dipimpin.
Abah! kuatkan semangat. Jangan mengaku kalah, lawan penyakit tu. Kami sedih, kami risau....Kami perlukan abah dan kami amat sayangkan abah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^