Khamis, 24 Februari 2011

Berdoa untuk keajaiban...

Kala ini aku dan mak masih di hospital. Hari ini kami mintak untuk bermalam di sini rentetan dari laporan doctor yang mengatakan abah semakin kritikal. Hancur luluh hati aku apabila mendengarkannya, apatah lagi mak. Kami menangis dan terus menangis. Doa tidak jemu aku panjatkan. Keadaan abah masih tidak berubah. Tekanan darah semakin menurun. Semakin banyak ubat di masukkan, tetapi abah masih begitu.

Petang tadi aku merayu pada nurse bertugas untuk masuk mendekati abah. Kesiannya tengok abah. Wayar-wayar berselirat. Aku panggil abah. Aku katakan kami semua menunggu dia bangun. Abah harus bangun, kesian pada mak, kesian adik2. Kami amat2 memerlukan abah. Aku minta abah kuat semangat melawan penyakit yang ada.

Apa penyakit yang melanda abah hingga kini masih belum dapat dipastikan. Petang tadi juga, isu baru timbul. Entahlah, sukar untuk aku percaya. Tapi, kalau itu kebenarannya...aku amat berharap, ada keajaiban yang berlaku mengembalikan abah pada kami...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...