Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi, di susuli dengan Aidilfitri. Ya Allah! tak sanggup aku bayangkan kesedihan kami sekeluarga nanti menyambut raya tanpa abah. Kalau dulu abah orang terakhir yang beli baju raya. Abah akan tunggu aku balik untuk belikannya baju raya. Dari sini pun aku pasti tak lupa 2-3 helai persalinan baru untuknya. Malam raya, abah akan suruh mak sediakan hidangan, sebab abah akan jemput orang-orang surau untuk bertakbir di rumah. Kali ni semua takkan sama lagi. Abah dah pergi tinggalkan kami...
Akhir-akhir nih, mak asyik mengulang cerita rutinnya masa bulan puasa lalu bersama abah...berterawih dan berbuka puasa di surau. Sambil bercerita, air matanya bertangkung...suaranya sebak menahan sedih. Kami berkongsi rasa sedih yang sama, berkongsi rasa kehilangan yang sama...
Hari demi hari, aku panjatkan doa kami tabah menghadapi kehilangan ini. Mati itu pasti, hanya masa yang tidak kita ketahui. Tiada siapa dapat menggantikan abah di hati kami. Aku juga berdoa, kami akan bertemu di sana kelak...Rindu ini tidak pernah padam buat abah. Semoga, doa-doa aku menjadi peneman abah di sana. Al- Fatihah....
"Dalam cuaca yang tenang, tiba-tiba Allah turunkan hujan yang lebat. Rupa-rupanya ada sejalur pelangi yang muncul selepas itu..." Aku akan terus bersabar menanti munculnya pelangi itu...menyebarkan warna indahnya, memberi sekelumit kebahagian sementara ada hayat di dunia ini....
Kalau nanti masanya plak aku yang bersanding, abah dah takde nak meraikan bersama :'( |
ren... InsyaAllah pasti akan ada sejalur pelangi yg akan menyinari.. bersabar dan terus bersabar... huhu.. bab yg last tue aku pon sedih gak.. ms aku sanding nti pon tiada abah di sisi..sob sob sob :'(
BalasPadamInsyaAllah...aku harap ko pun sabar la yer.nak buat camner kan...kadang2 perkara yg paling kita takuti itu lah yg terjadi. semua sudah kententuan..
BalasPadamSo, bila majlis ko nih? tak lama lagi dah kan:)
Yup.. Yg hidup pasti akan mati.. cuma masa yg menentukannya..
BalasPadamHehehe.. InsyaAllah majlis akan berlangsung hujung tahun nie.. nti aku kasi kad kawen ye.. =)