Selasa, 8 Februari 2011

Berkumpulnya kami sekeluarga!

Sabtu lepas...masa kat kampung hari tuh, aku bawak family tercinta dinner. Takde mane pun, just kat restaurant biasa-biasa jer. Actually nak pegi Jumaatnye sempena birthday mak, tapi tak sempat dek kesuntukan masa. Jumaat, 4hb...birthday mak yang ke 52 tahun. Nak suruh mak potong kek pun tak sempat...mak takde mood nak happy2 sebab keadaan abah yang tak sihat tuh.

Dah lama kami tak kuar together-together. Kat meja makan tuh kami kot paling riuh. Tambah lagi la dengan aksi 'budak botak' Alya tuh! Sempat aku snap beberapa picture untuk kenang-kenangan. Kami suma dah besar. Eh, besar plak...dewasa ler! HeHeHe! Dah ade yang kawin, dah ada anak. Abah & Mak dah bercucu rupanya. Tapi...keadaan kesihatan mak dan abah, semakin hari semakin merosot. Penyakit mula datang menyinggah. Dalam keadaan sekarang nak sangat aku dekat dengan dorang. Nak jaga dorang, nak uruskan semuanya untuk dorang...tapi keadaan tak mengizinkan pulak. Camner nak buat, berkerja dan mencari rezeki di perantauan. HuHuHu! Apa yang boleh aku buat sekarang adalah balik sekerap yang mungkin. Biar la berkorban masa dan wang ringgit sket. Tak mahu menyesal di kemudian hari....


















4 ulasan:

  1. ren, same goes to me.. aku pun merasainya kini. sama-samalah kita membahagiakan diaorg selagi masih hidup. At this time la utk kita membalas segala perit jerih diaorg. Im totally agree with u =)

    BalasPadam
  2. thanks Mona! :)) sama-sama la kita membahagiakan mereka selagi masa mengizinkan!

    BalasPadam
  3. alhamdulillah! thanks ms lolly. hihihi:)

    BalasPadam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...