Isnin, 9 Julai 2012

Annual Dinner

Assalammualaikum.

Hari nih nak bercerita pasal acara makan malam tahunan syarikat. Yeayyy! Tahun 2012 nih, acara akan berlangsung pada 14 Julai 2012. Alahai dah dekat sangat dah. Tapi aku apa pon tak ready:(

Alaa, bukan ready apa sangat pon. Maksud ready kat sini, at least ada la sepersalinan yang sesuai untuk di bawak ke majlis tersebut. Tapi aku neh lemah sungguh dalam nak memilih baju untuk acara-acara sebegini. Pening kepala mencari. Tahun nih tema 'Colours of Celebration' Rasa-rasanya tema warna warni la kan. Kat Malaysia nih kan banyak celebration, macam2 kaler ade so aku pun assume, warna warni la. Hihihi! Memandaikan.

Tadi, sempat aku singgah Subang Parade, cari kot2 ada yang berkenan di hati. Dalam banyak2 kedai, hanya skirt potongan serong warna mustard je yg berkenan di hati. Bila nak cari blouse untuk dipadankan, puas aku keliling takde yg berkenan:( Nih yang malas neh... mula la aku buntu nak mix and match neh. Pening pale dah neh. Baju yang sedia ada, memang takde untuk dipakai. Esok, lusa dan seterusnya dah kena attend class sebelah petang. Bila masanya plak nak shopping nih... Huhuhu!

Ouh ya! this year ada lagi hadiah2 lucky draw gadjet2 dari Apple. Ipad ngan iMac rasanya. Iphone takdak. Harap2 bole menang hadiah lucky draw tu lagi. Kalau last year dapat Ipad 2, tahun nih nak iMac plak. Hihihi! fuhhh kanan! fuhhh kiri! datang la kau wahai iMac kepada ku. Wakakaka! kemain fuh! fuh!:P

Misi mencari baju dinner akan diteruskan. Adoyai! harap2 jumpa la yg cantik, menarik dan tertarik:O

Nanti update lagi pasal dinner neh. Hmm, pastu majlis tunang Ain sekali la. Ain tak dapat join company annual dinner neh, sbb dari malam
tuh dia dah ada agenda dan esoknya baru la majlis tunang dia. InsyaAllah berkesempatan aku akan sama2 meraikannya nanti:)

*p/s Tolong doakan sama2 aku dapat bawak balik iMac tuh yer. Kihkihkihkih:D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...