Dah masuk minggu ketiga untuk semester ke dua pengajian aku di UiTM...
Segalanya, serba tak kena...semangat yang pada mulanya bekobar-kobar entah kenapa semakin pudar. Virus malas, mula menyerang segenap antibodiku. Dek kerana virus itu, perasaan mula terganggu, lantas pembelajaran aku menjadi sesuatu yang membebankan di kala ini.
Jangan katakan untuk menyiapkan homework atau membuat revision....malah nak membuka buku aku tidak punya kekuatan di saat ini.
Semalam...dari pagi-pagi lagi aku dah berkira-kira untuk ponteng. Menjelang petang, tiba-tiba hati bagai terpujuk untuk ke kelas. Tetapi sekejap jer, rasa terpujuk tuh. Dapat tau jer, Ain nak ponteng...aku tanpa berfikir lagi terus call lecturer...nak ponteng juga! HaHaHa!!!!
Tetapi, lebih kurang pukul 4, lecturer tuh call aku balik! HiHiHi! Class cancell! Selamat aku dari memontengkan diri! Yahoooooo!!!!
Erm...bila dah class cancell, mula la nak buat aktiviti melepak. So, destinasi pilihan MAHBUB la! Bersama-sama Ila, Ain, Izard dan Zarina (yang pada mulanya, tak mahu datang) melepak mengisi masa senggang itu hingga ke pukul 11.
Adoooi!!! Sindrom lemau yang di bawa oleh virus malas itu ternyata hanya menyerang apabila aku harus menghadirkan diri ke kelas. Senang cerita, bila belajar jer rasa malas dan lemau! Apabila lepak2, merayau bagai...sihat walafiat! HaHaHa!!! Harap-harap cepat la aku pulih dari penyakit ini. Gelap masa depan kalau berterusan begini....
Bila tiba masa untuk melelapkan mata, tangan ku semakin berdenyut! Sehingga jam ke pukul 1 pagi, kesengalannya masih terasa. Bila aku tilik, ada kesan lebam yang kelihatan. Tak bole lupa, aksi terlentang yang berlaku siangnya yang menyebabkan tangan ku itu sengal. Masih terbayang dan terasa ngilunya! HuHuHu!!! Jika berkesempatan, entry seterusnya nanti, akan aku story-morykan bagaimana kejadian itu menimpaku...HiHiHi!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^