Aku & gojezz yang bertiga lagi bergerak bersama ke rumah Zila. Sebelum tuh kami singgah di UiTM untuk berkonvoi dengan guys berempat. Tiba agak lewat, Zila pun dah selesai upacara menyarungkan cincin. Duduk-duduk sekejap, pastu sessi bergambar pun bermula. Banyak aksi di atas mini pelamin tuh yang di potretkan oleh jurukamera pada petang tersebut. Bila hujan semakin reda, kami keluar mencari tempat duduk di bawah khemah untuk mengisi perut.
Antara menu yang dihidangkan...Masak lemak nenas (sangat sedap, menjadi tarikan kami semua untuk menambah nasi 2 kali) HeHeHe!!!, Kerang rebus, lala masak pedas (rasanyala masak pedas, aku kurang arif pasal masakan, tau makan aje), ikan masin goreng dan rendang daging. Yang lain-lain ada kuih-muih dan buah-buahan.
Masa di bawah khemah, Zila keluar mendapatkan kami. Sekali lagi sessi begambar, kali ni dengan camera handphone masing-masing. Setelah jam hampir ke pukul 5 kami mula meminta diri untuk beredar. Banyak lagi aktiviti yang menanti. Ha! sesekali keluar bersama, harus di pastikan masa bersama itu di isi sebaik mungkin. Selamat suda Zila & Lan...Aku doakan teman berdua ini di rahmati hingga ke jenjang pelamin. Amin...
Zila & Gojezz-gojezz sekalian! |
Antara teman2 yang menghadirkan diri! |
Me & Zila |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^