Khamis, 14 Julai 2011

6K - Perkara-perkara yg menyesakkan fikiran!

Perkara-perkara yg menyesakkan fikiran aku di akhir-akhir ini. Terkadang membuat aku semput bila terlintas
difikiran....

1) Kecuaian : Pepagi masuk office trus mencari-cari resit bayor yuran UiTM rito. Cari punya cari x jumpa2. Dalam erti kata lain, aku tak henggat rito aku letak mana! Aduyai! camner nak claim kat EPF nih. Kalo x jumpa gak, selamat la RM 889 ku itew....sesungguhnya aku tersangat cuai! *ketukkepalasendiri*

2) Kerisauan : Baju dinner tarak beli lagik! huhuhu! sungguh tertekan bila kat office orang asik bercerita pasal annual dinner next week! tambah2 depa sok sembang: baju ko wana ape? beli kat mana? kasut tinggi bapa inci? huwaaa! aku apepun tarak lagi wey. Haish! sungguh aku risau...masa nak soping takde pastu baju sesungguhnya susah nak cari size aku yg comel neh. huhuhu!

3) Kebengang'an! : Okeh, ko berjaya sakitkan hati aku dengan ungkapan ko itu "kalau tak nak kerja weekend cari kerja lain yg tak kena kerja sabtu & ahad!" Hoo, sinis sekali. Berjaya kamu membuat ako sentap! Weh, setiap hujung minggu, kerja! Bila nak cutinye... ambik cuti weekdays byak keje tertangguh! bilanya aku nak buat assingment, bila nak rehat...Dh lama aku tak rasa amannya di hujung minggu. Setiap hari, terkejar-kejar ;(
Tak bole nak bawak dah, aku nak kena jumpa bos nih, nak buat aduan rakyat!

"Bos besar, saya tak nak lagi kerja hujung minggu! Bos kecik tuh suruh saya cari kerja lain. Since, dia ckap macam tu memang saya sentap..." Huwaaaa!!

4) Kerinduan : Aku rindukan anak sedara aku, Alya Imanina. rindu bangat sama budak botak tuh! Hari-hari aku call mak, ade jer cite pasal die. Skrg nih malam2 dh x mau ikot mak dia tido, mesti nak dgn opah gak. Opah kena tidokan dia dulu...bila dh betol2 lena, br panggil ibu dia angkat masuk bilik. Sebelom tido tuh jenuh la opah dia nak melayan. Disuruhnya opah bacakan buku la. Bila opah baca..geleng2 kepala, bgtau salah. Opahnye x faham...last2 dia sebut... ku..ku..! owh! dia suh eja camni. BU-bu, KU-ku=BUKU. KA-ka, KI-ki=KAKI. Haish! bijak sungguh budak botak nih. Tau plak kena baca mcm gitu yer. Terkekeh-kekeh aku gelak dalam fon!

Alya Imanina, yg akan menyambut hari lahir yg ke-2, bulan 10 nanti. Dia nak hadiah moto...nanti maklong belikan eh ;)


5) Kehilangan: Akhir2 nih, rasa kehilangan tuh makin menyelinap di hati. Kehilangan abah dan sahabat.... kehilangan yg benar2 hilang! Aku cuba
untuk tidak melayan perasaan sedih, tapi jauh di lubuk hati, rasa kehilangan tuh buat aku pilu sangat. Lepas abah
pergi, teman yg dulu selalu berkongsi cerita menyusul. Sukar aku nak gambarkan rasa hati ini atas dugaan2 itu....

6) Kegelapan: Aku takowt plak tido dalam gelap sorang2. Dulu tak pun. tapi lepas aku dah seperate bilik dgn adik aku, debab br terasa perasaan takut tuh. Sebelum debab tinggal dgn aku dulu, relax aje. Ntah kenapa sekarang bole plak berperasaan sedemikian. HuHuHu! Kadang2 tuh aku biar aje lampu terpasang, biar aku tido dulu. Nanti terjaga baru bangun switch off. Haish! nak kena cari lampu tido neh. Kalo x, tak nyenyak tido aku.

Tamat dulu perkara-perkara yang tersebut di atas yang membelenggu diri aku di ketika ini dengan harapan
tiada lagi penambahan kelak!

Juga berharap...aku bisa tangani segala permasalahan terhadap perkara2 tersebut secara berhemah.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...