Selasa, 5 Julai 2011

Kesedaran yang menyedarkan... Erk..!

    Semalam genap dh 4 bulan aku mengenakan hijab. Actually x countdown pun, tapi tiba2 teringat tarikh 4hb nih, 4 bulan yg lepas aku first time mengenakan tudung. Kalau 4 bulan lepas aku masih ragu-ragu dengan perubahan ini, tapi sekarang alhamdulillah aku semakin yakin dan selesa. Semakin tenang dan gembira dengan imej baru ini :)
    Koleksi tudung aku pun semakin bertambah, begitu juga baju-baju yang sesuai dengan imej bertudung. heHeHehe!
Pantang bershopping, tudung mesti aku beli. Mak pun rajin gak belikan aku tudung. Mana tak banyak koleksi aku:)

Yg mana satukah diriku diantara mereka yg cantik ini ?!

    Teringat masa mula-mula aku pakai tudung ramai officemate yang berteka-teki yang aku dah nak kahwin. Especially yang bukan islam la, asyik bertanya soalan macam tuh. Jenuh gak aku nak menjawab. Macam mana aku nak kahwin, calon pun takde. Hahaha!
    Tak dinafikan la dugaan bila berubah imej nih banyak sungguh. Bukan ape, aku jenis yg suka bergaya seksi suatu ketika dulu, pantang nampak baju2 yang trend terkini suma aku nak beli. Sekarang kena kuatkan iman & pejam mata rapat2 bila nampak koleksi baju2 sebegitu. Hehehe!
   Aku tak nak pkai setakat ON-OFF. Niat aku bila dah bertudung aku nak betul2 melakukannya. Alhamdulillah, sepanjang 4 bulan ini aku berjaya melaluinya. Walaupun banyak yang aku harus perbaiki terutama dengan sikap dan tingkahlaku yang harus bersesuaian dengan imej baru ini.
    Aku harap masa-masa akan datang, dikuatkan iman dan tetap dengan niat yang satu ini.... Syukur, kerana aku masih diberi peluang untuk memperbaiki diri ;))

3 ulasan:

  1. tahniah.... moga terus kekal dgn imej ini. salam BW

    BalasPadam
  2. salam....
    singga seketika utk klik2 n baca entry...
    salam perkenalan...
    terjah sebentar di laman saya dan klik2..
    sama tingkatkan tabung nffng...
    salam persinggahan

    BalasPadam
  3. Tima kasih kerana sudi singgah2 & salam kenal
    ;)

    BalasPadam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...