Hai..Hai.. Hari ni last keje, esok cuti sampai Isnin depan. Yihaaa! Yes, sungguh excited di situ. Pagi tadi call mak pun terasa keterujaan dan ketidaksabaran untuk bercuti dan balik kampung. Lama dah tak balik, sejak semester baru start memang ni la baru dapat balik. Sebenonya cuti pon dah takde. Tinggal 2-3 hari campur weekend. 2-3 hari tu memang simpan untuk ini la, sebabnya adik debab nak kawin. Kenduri beso Ahad ni kat rumah teman nanti.
Wahhh best time kenduri nih sebab dapat berkumpul ramai-ramai ngan sedara mara. Tapi tu la, get ready la untuk berpeluh ketiak dan diarah buat itu dan ini. Huhuhu!
Nampaknya esok teman balik sensorang. Angah debab balik Jumaat. Shafiq pon balik Jumaat jugak. Adoi, sedikit sebanyak cuak jugak nih sebab dah lama tak drive sensorang. Selepas kejadian kereta overhaul kat tengah-tengah highway masa kat Tapah dulu tu gerun sket la. Harap-harap semuanya ok, teman sampai ke Tepeng dengan selamat hendaknya. Tak sabar nak balik, nak buli anak buah dua orang kat kampung!
cerita pasal cuti teringat dulu ada staff loyar buruk kat opis saya... kena marah dengan HR kata cuti dia dah habis.. dia jawab...
BalasPadam'banyak lagi laaa... cuba check saya punya unpaid leave... kan banyak lagi'
kalau aku jadi HR pun sakit jiwa layan staff mcm ni
Kahkahkah! loyar buruk betul. Sure terdiam la org HR tu. Hahahaha
Padam