Selasa, 30 Disember 2014

Dah Besar Alya Imanina

Assalammualaikum, 

Perit rasa tekak malam ni. Since dekat ofis tadi dah rasa dah. Rasa macam nak demam pun ade. Janganlah demam pulak, 5hb ni dah start exam. Nasib jugaklah esok cuti. Ade sehari replacement leave, so habiskan esok. Rehat-rehat sambil study ape yang patut. 


Semalam tengok gambar anak buah sorang ni kat FB ibu dia. Baru lepas pegi suaikenal sekolah rasanya.  Kejap je rasa... Kakak Alya dah nak masuk 6 tahun. Dulu kecik-kecik, asal balik kampung je mesti bawak dia merata. Mulut tak reti diam. Pot pet pot pet. Jangan tak tau, cakap dia tak macam budak 6 tahun. Pendek kata cakap macam orang tua. Mata dia memerhati, telinga dia mendengar. Kadang-kadang bagi nasihat macam ustazah. Hahaha

2015 ni kakak start masuk Pra-Sekolah. Kalau sebelum ni pegi sekolah main-main je, tapi dah masuk pra ni kena pegi sekolah betul-betul. Opah risau je kakak nak masuk sekolah ni...sape nak teman pegi toilet, nak makan macamana. Opah risau nanti main tolak-tolak jatuh ke, ke nanti kawan-kawan kunci pintu toilet dari luar.... Adoi! opah ni sampai ke situ pulak fikirnya. Hahaha! Opah sayang lebih ni, risau kemain. Kakak dah tak sabar nak gi sekolah minggu depan, sekali sekolah tangguh pulak. Hahaha!


Alya Imanina. Ni masa umur setahun kalau tak silap. Rambut pun sikit lagi.






1 ulasan:

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...