Isnin, 8 Disember 2014

Perokok Aktif Vs Perokok Pasif

As Salam... 

Nak story mory sket...

Pagi semalam, aku pergi breakfast kat Jalan Tanglin. Suka makan kat situ. Selalu pegi weekend mesti makan nasi lemak paru or mee kicap.

Sampai, aku dengan tunang, terus pergi beratur order makanan. Sebab tak makan menu sama, weols seperate la pegi beratur gerai memasing. Tengah beratur Shafiq datang gantikan aku beratur, dia suruh aku duduk. Makanan dia dah dapat dulu dah. Pegi la kat meja. Kita orang share 1 meja dengan satu family ni... suami, isteri dan sorang anak lelaki umur lebih kurang dalam 3 tahun. Dorang pun baru nak order makanan. Isteri dia bangun pegi beratur. Yang suami ni dari mula duduk aku tengok, syok betul hisap rokok hembus ke depan. Depan tu anak dengan bini dia duduk. Adoi, aku rasa marah plak tengok situasi macam tu. Aku tak kisah kalau dia nak merokok, lantak la kan. Nyawa sendiri, badan sendiri, sendiri tanggung. Tapiiiiii..... anak kat depan tu, budak tu kecik lagi kot! Adoi! *tepuk dahi* Aku tengok sikit pun dia tak peduli. Kat tempat orang ramai ni, langsung ke takde rasa bersalah, merokok camtu??  Kalau cikai sangat perangai pun, bangunlah pegi merokok kat belakang nun. Jauh dari anak, jauh dari orang ramai. Huhuhu! 

Lepas dia habis sebatang rokok, datang kawan dorang, dia duduk kat depan layan budak tu. Si perokok tadi bangun beratur beli makanan kat gerai lagi satu pulak. Pastu wife dia pun datang. Pastu aku dengar kawan dia tanya kat si wife nih, dah tak demam ke, merujuk kepada si anak. Wife ni jawab, dah kurang dah sikit. Lepas ni nak bagi makan ubat lagi katanya. Pastu dia cakap semalam anak dia tu langsung tak nak makan. Haa see! Anak tu tak sihat, pegi hembus-hembus asap rokok lagi. 

Actually ni bukan sekali, dua aku nampak situasi macam ni. Kalau pegi jalan-jalan selalu la tengok. Yang si bapak sambil dukung anak pun boleh lagi berasap. Pak-pak sedara kat kampung selalu jugak macam ni. Hmm... Nak cakap dorang ni tak tau, takkan lah. Tak sedar pun macam tak sesuai. Banyak kot kempen kesedaran duk war-warkan bahaya merokok nih. Bahaya merokok bukan je kat perokok aktif macam si bapak tu tapi pada perokok pasif gak, pada anak-anak dan bini dorang dan orang sekeliling yang tak merokok. Ape ntah nak categorize kan orang-orang camni. Aku percaya, bukan dorang tak tau tapi dorang buat-buat tak tahu. Buat tak faham bahasa. Selalu alasan, alah memang dah merokok, nak buat camana? Kadang-kadang di suruh pulak kita yang pegi tempat lain kalau tak suka dorang merokok. Like hellooooo! Ni tempat awam, tempat orang ramai. Sepatutnyalah si perokok angkat kaki pegi tempat lain. 

Semalam pegi stadium pun macam tu. Tempat sesak-sesak macam tu pun ade yang smoking. Tak rasa bersalah ke, serba salah ke, serba tak kena ke? Cer pandang kiri kanan tengok orang sekeliling sket sebelum nak nyalakan rokok tu. 

Berbalik pasal cerita kat Jalan Tanglin tadi....Lepas makan, kitaorang jalan pergi kat kereta, family tu yang dulu dah gerak lepas makan tadi aku nampak lagi kat bawah pokok, sambung borak dengan kawan tadi. Si suami dengan rokok yang bernyala di tangan, asap rokok berlegar-legar....Si anak main-main kat situ, duk lari keliling mak ayah dia:(




Sumber Gambar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...