As Salam,
Hi korang... Hari ni aku nak story mory pasal kenduri adik debabku yang lepas. Since 6 tahun lepas, kenduri adik nombor 3, ni kenduri yang terbaru. Hiks! Dua adik kawin dulu:)
14/12 yang lepas... Adik ke empat, Amy dah selamat bernikah dengan pilihan hati dia. Semuanya selesai dengan jayanya. Kalau ade yang tak kena, terkurang atau tak sempurna ade la sikit-sikit. Yang kami risaukan sebelum tu, bagaimana perjalanan kenduri tu. Yelah kenduri tanpa arwah abah:( Takde lelaki sebagai orang kuat. Adik lelaki nombor 5 sebagai wali. Dia jugak yang menyambut tetamu hari kenduri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Aku balik kampung dari hari Khamis. Khamis tu Selangor cuti sempena Hari Keputraan Sultan, so aku ambik cuti hari Jumaat dan Isnin. Rancang dah bebaik nih, hari Khamis mesti gerak pepagi..lepas subuh. Aku memang selalu balik awal pagi, tak panas.
Tapi...betullah, kita hanya mampu merancang...Hari Khamis tiba. Keluar dari rumah nak dekat pukul 7 rasanya. Sebelum terus bertolak, singgah jap Petronas kat area rumah nak beli sarapan. Pastu, dah setel beli apa yang patut, masuk kereta...start enjin tak boleh dah nak hidup. Berkali-kali cuba, dah marah pastu pujuk keta tu tapi tak mau jugak hidupnya. Stuck aku kat situ dengan berpeluh-peluh macam sauna.
Bila dah putus asa, call Shafiq... Dia baru sampai ofis dah kena datang kat aku. Sama jugak, dia datang kereta still tak boleh start. Dia paksa hidupkan jugak, dapat sampai ke bengkel pun jadilah. Tak tau ape masalah kereta tu katanya kena tukar thortle body. Shafiq try google, tengok ade orang lain yang sama macam masalah aku. Ntahlah, katanya Myvi after 5 years memang ade problem gitu. Kena tukar thortle body tu baru OK balik. Bagi tau kat pomen tu aku nak balik kampung. Ntah dia setting cane boleh jalan. Dia tanya aku nak balik kampung mana, bila aku cakap Teiping dia macam terkejut. Dia cakap ingat balik dekat-dekat sini. Tanya dia pasal kata nak tukar thortle body tu, dia pun tak dapat nak check harga, nak buat masa tu ape suma sebabnya bengkel memang tutup hari tu. Dorang bukak kejap je sebab nak buat satu kereta sape ntah. Huhuhu! Pastu dia pesan, kalau nak balik jugak...memula drive jangan on aircond, masuk highway nanti baru on aircond. Aku dah habis fikir...balik je la. InsyaAllah takde pape jadi. Shafiq pun kata ok. Dia tak dapat nak teman balik sebab dia tak cuti lagi. Jumaat, lepas keje baru dia menyusul. Rancang dari awal nak gerak awal pagi, akhirnya pukul 11 lebih jugak aku bertolak. Dah jalan memang tak stop memana dah. Terus sampai ke Taiping. Alhamdulillah, aku sampai dengan selamat. Kereta tu sampai hari ni ok plak. Tak meragam dah. Huhuhu
Aktiviti hari Jumaat aku teman mak pegi pasar borong. Mak nak beli bahan masakan untuk majlis nikah hari Sabtu. Balik dari pasar borong tolong susun-susun goodies beg masuk kotak. Penuh rumah dengan kotak-kotak. Aku kena take note benda ni untuk majlis aku nanti. Yelah rumah kitaorg kecik je. Kotak-kotak goodies beg je dh makan banyak space. Masa aku nanti maybe kena letak kat homestay yang akan disewa. Lepas kerjakan goodie beg, basuh pinggan plak. Aku tak ingat ape lagi dah buat. Yang aku ingat malamnya letrik takde. Tengah tido, dalam pukul 3 pagi. Setengah jam jugak la. Lenguh tangan aku mengipas Alya sebab dia terjaga & menangis.
Hari Sabtu, nikah start pukul 10 pagi. Makanya awal-awal pagi aku dah kena bawak pengantin pegi mekap kat butik. Majlis nikah awal pagi ni aku rasa macam kelam kabut sikit, part kelam kabut kat pengantin la. Mak yang prepare makanan aku tengok relax je, dia banyak assistant. Rombongan pengantin lelaki datang lebih kurang 9.50 pagi. Tak lama lepas tu tok kadi pun sampai. Sebelum upacara nikah seperti biasa tok kadi akan bagi ceramah serba sedikit. Tok kadi ni best, dia melawak pun ok. Tapi selain pengantin ade sorang lagi yang mengeletar...Wali, adik lelaki yang ke-5. Bila dia sign borang ketara mengeletar sampai tok kadi pun tegur. Ni baru jadi wali belum sendiri nak akad nikah lagi, kata tok kadi tu. Hahaha. Pengantin lelaki relax je. Aku tengok muka si Amy pulak yang cuak habis. Mak, aku tengok kejap-kejap lap mata. Mak sedih. Abah takde sama. Tambah-tambah ramai kawan-kawan surau abah ada sekali hari tu:(
Akhirnya, dengan sekali lafaz... rasmilah aku dapat adik ipaq baru. Lepas selesai akad, ade makan-makan sket. Menu hari tu mak dengan kawan-kawan die yang masak. Lega dah setel sehari punya cerita.
Ahad, actual day majlis. Sekali lagi aku jadi driver bawak pengantin make up. Plan start berarak pukul 12:30 sebab takut hujan. Tapi sekali lagi rancangan larik. Make up lambat siap. Akhirnya pukul 1 lebih baru berarak. Dah bersanding, dah makan beradap baru hujan lebat. Tapi, nasib baiklah kejap je. Shafiq official photographer untuk majlis ni. Dah habis ambik gambar sempat berkaraoke lagi dia. Family Shafiq pun ade datang. Rasa terharu sangat, mama, baba, maksu nora and pak su gie datang dari KL since dari nikah day. Dorang stay kat homestay yang mak sewakan untuk photographer. Lepas kenduri petang dorang bertolak balik KL. Shafiq stay sehari lagi, balik dengan aku esoknya. Lepas kenduri dia bawak pengantin pegi outdoor kat Taman Tasik Taiping. Aku tak ikut, nak mengemas apa yang patut kat rumah.
Lepas kenduri, mak dah boleh tarik nafas lega. Boleh lah rehat kejap, pastu kena ready untuk majlis aku pulak yang akan datang. Heuheuheu
Gambar-gambar kat bawah nih kebanyakkan dari fb Amy sendiri, kecuali yang outdoor dengan hari nikah tu sket dari camera photographer. Aku sendiri pun takde gambar dari henfon, penat sangat sampai takde mood nak posing. Ahaa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^