Selasa, 23 Disember 2014

Hand On Test, Assignment & Tengok Bola

As Salam & Helloooo!

Cerita last weekend....Baru hari ni ade masa nak buat sesi luahan kat blog. Huhuhu. 

Aku baru masuk ofis hari ni since EL Jumaat lepas, MC semalam:(  Kenapa EL? Toilet kat rumah runtuh. Hahahaha! Ok korang boleh gelak sama gak... Hahaha. Serius, tak tipu, toilet kat atas runtuh. Aku rasa nak gugur jantung dengar bunyi dia jatuh ke bawah lalu pecah, maka berteraburanlah serpihan toilet itu. Huwaaaa! Aku nak call owner rumah, orang tu mesti tengah syok-syok buat preparation nak celebrate christmas, karang aku bawak berita toilet runtuh, hilang plak mood dia. Huhuhu! Tunggu lepas christmas la pulak baru call. Hmm, takde ribut takde kejadian amuk pun yang menyebabkan toilet tu runtuh...Dh masa dia tu. Lagipun dah lama kot rumah ni. Owner tak pernah tukar pun, dah uzur dah rasanya. Memang patut diganti baru. Aku duduk sini pun rasanya dah nak masuk 9 tahun. Huhuhu! So, dek kejadian runtuh tu, aku ambik EL. Aku mengemas bagai, sambung paip balik untuk sementara sebelum repair. Pastu aku pegi buat test kat UiTM Puncak. Itulah, setiap kejadian ade hikmahnya...dek sebab toilet runtuh aku dapat buat test. Hiks! 

Sabtu, hand on test for subjek database. Aku and the gang lepak buat together dekat Intekma. Awal pagi dah keluar, siap bawak potluck for breakfast. Aku buat sandwich sardin. Pastu start buat test sampai pukul 2 lebih. Test tak habis lagipun tapi malam tu nak tengok bola, so balik awal. Konon-konon esok boleh sambung sebab due date untuk submit before 11 malam hari Ahad. Hari Sabtu tu buat memain je semua, esok masih ade konon cenggitu la memasing fikir kan.

Malam memasing standby tengok bola. Aku ngan Shafiq dengan kawan lagi 2 orang pegi stadium. Pegi car pool. Pukul 5 dah gerak. Berjaya melepasi jem, tapi  hampir satu jam cari parking. Huhuhu. Lepas dah dapat parking, lenggang mak enon pulak. Ade yang nak beli makanan, nak gi toilet ape semua, ambik kau...pukul 7.40 baru nak masuk cari tempat duduk. Nan hado...nan hado k! nak bersidai tepi tangga pun nan hado. Nak selit-selit kaki pun tak leh. Masa tu mokcik marah betul. Itulah, nak gi toilet lah, nak tapau makan lah, hambik! Tak pernak mokcik tengok bola tak dapat tengok nih. Rasa cikai betoi. Huhuhu. Tengok la dari celah-celah tangga. Bukan kitaorang je, ramai lagi yang tak dapat masuk. Katanya tiket jual 90,000, bukan ke Stadium Bukit Jalil boleh muat 150,000? Hmm... 1st half dapat tengok tiang gol Malaysia. 2nd half dapat tengok tiang gol Thailand pulak. Grrrrr.... Bila Malaysia dah gol, terubat marah sket. Continue enjoy menonton walaupun dari celah-celah pagar dekat tangga. Huhuhu! Tapi tulah, lepas Thailand masuk gol kedua, kitaorang pusing belakang, angkat kaki.

Esoknya, Ahad...sambung balik buat test. Sebenarnya bukan setakat test yang kena hantar hari tu, tapi kitaorang ade satu lagi group assignment nak kena submit esoknya, Isnin. Kitaorang semua kat situ ade 2 group. Memasing pun tak start lagi. Konon hari tu gak nak buat. Hebat katakan. Hahahha! Assignment tu nak kitaorang demo kan pasal database yang kitaorang buat, nak kena buat video lah tu. So, lepas buat test dalam pukul 12, memasing nak buat assignment plak. Pastu nak dijadikan cerita, takde sesiapa yang alert pasal guideline. Memasing ingat buat video demo tu je, tapiiiiiiiii... yang sebenarnya nak kena ade report, nak kena buat pp slide, present the demo dan record. Hahaha! memasing stress lepas baru baca guideline dia. Hahaha padan muka semua. So, dipendekkan cerita, kitaorang hari tu buat  assignment tu  sampai ke pukul 12 lebih, tengah malam buta. Yihaaaa! Aku sampai rumah pukul 2 pagi dan migrain pun datang menyerang. Esoknya, Isnin... MC. Haih! Sendiri silap, semua last minute. Booo kat diri sendiri:'( Tobat, tak nak macam ni dah. Huhuhu

Nampak tiang gol Malaysia je. Huhuhu


Kat bawah tu tempat VVIP. Tak penuh pun kat situ. Tapi tempat VVIP mana boleh bukak bagi rakyat marhaen masuk. Lulz!


Kesian kat depa dua orang nih, dah macam dalam penjara. Kakakakah!


Kat pintu VVIP. Masa mula-mula start tu kecoh kat sini. Orang mejerit-jerit suruh bukak sebab kat dalam tu kosong lagi. Tapi, jerit la kau kat luar, mana mau dorang peduli pon.


Ahad - Muka kusyuk tapi more to stress la. Hahaha! Nih mesti Shafiq yang snap ni, tengok ade je kat dalam fon.







4 ulasan:

  1. Suka tengok sport match...tapi bola ni wat semput...huhuhu...
    Intai dari dapur je.:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi! intai2 jer yer. Kalau kat stadium lagi semput, tapi lebih bersemangat:)

      Padam
  2. Balasan
    1. HAHAHHA! Percayalah! WC tu yang runtuh, dah sampai msa kena tukar:)

      Padam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...