Isnin, 29 Disember 2014

Negatif oh Prasangka....

Assalammualaikum...

Mata masih segar. Tetiba terlintas kat fikiran aku nak tulis sesuatu. Pasal fikiran negatif dalam masyarakat kita. Maybe sebab tadi aku bukak FB... then aku tengok komen-komen dekat sesetengah pos pasal banjir, pasal pesawat Air Asia yang hilang tu, ade yang berunsurkan negatif. Pasal kes banjir contohnya... sana sini orang akan share cerita pasal bantuan untuk mangsa-mangsa banjir. Korang pegi lah tengok kat bahagian komen.. Ya Allah, kenapa ntah orang kita boleh jadi macam tu. Orang tolong pun salah. Terlalu banyak sangat prasangka sampai boleh terkeluar komen-komen macam tu. Sedihlah! 

Malah ade orang yang aku kenal up status yang bukan-bukan. Dia care, sungguh care. Hari-hari status update pasal mangsa banjir, tapi status-status tu ade jugak selit-selit hal negatif pada pihak lain. Dia tunjuk macam dia je yang care, orang lain tak. Adoi! tepuk dahi lah aku baca. Come on lah, ape yang dibuat tu tak mencerminkan peribadi yang aku boleh respect macam sebelum ni. Sebab perbezaan parti politik janganlah kita anggap kita je betul. Negatif tak habis-habis. Senang cerita, macam dia sorang je lah betul, orang lain tak betul. 

Kat mana-mana pun benda ni berlaku. Bukan setakat kat dalam FB je. In real life pon ade. Kadang-kadang aku kesian kat dorang yang berfikiran negatif nih. Sampaikan dia rasa dia je bagus. Orang lain tak.. "Ha orang tu suami dia ambik rasuah, tu sebab dia beli handbag mahal-mahal". Tu dia tu bukan tau buat kerja pon, tapi suka bodek bos je" Aku malas nak ambik pot. Senang aku label orang macam ni jelous je. Pastu dia kurang kasih sayang. Huhuhu! 

Kita kena jauhkan diri dari orang-orang negatif begini sebab kalau kita dekat-dekat nanti aura negatif tu berjangkit kat kita. Not good...not good! So, buang prasangka negatif tu jauh-jauh, bukan ape lama-lama nanti hati jadi busuk. Tak elok tuuuu! 

Hihihi! Nanite korang:))




2 ulasan:

  1. rasa nak tumbuk je perut org2 cenggini kan...;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn! Tak habis2 nak negatif semua benda. Huhuhu

      Padam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...