Sabtu, 27 Disember 2014

Tahniah awaaa!

As Salam, 




Alhamdulillah. Ini mungkin yang dikatakan rezeki orang nak kahwin. Confirm, Shafiq dah berjaya dalam temuduga Penolong Penguasa Imegresen. Dia happy sangat nak tinggalkan UM. Hahaha. Aku pun happy jugak, tapi tak dapat sembunyi kerisauan di hati. Haha! 

Sekarang dia tengah tunggu surat nak kena gi training. Dengar-dengar training dua bulan, tak boleh balik rumah. Tu baru training, based kat mana belum tau lagi. Kalau di hantar luar dari KL, bakal berjauhan lah nampaknya. Huhuhu!

Kadang-kadang risau aku tak berasas. Hahaha. Ape tak risau weh, majlis makin hari, makin dekat. Tarikh training belum tentu bila, takkan aku nak bersanding sorang-sorang nanti:'( 

Dalam risau tu,  jauh di sudut hati aku happy untuk dia. Sebelum pegi interview hari tu, aku asyik dengar dia merungut, sedih, muka masam je pasal keje sekarang. Dia pegi interview dengan semangat dan bersungguh untuk dapatkan jawatan tu. Alhamdulillah, dah berjaya nih aku tau dia happy sangat. Baba & mama pun happy. Walaupun aku duk fikir negatif jer tapi tetap bagi sokongan penuh. Sape lagi nak sokong, kalau bukan saya kan...kan awak kan! Hiks! 

Harap-harap dia dapat pegi training dalam masa terdekat nih. Pegi cepat habis cepat, tak terkena masa hari majlis nanti. Yang pasti karang dah gi training tu mesti gelap habis kulit. Muahahaha! Takpelah nanti aku bekalkan dia serum & sun block bebanyak:P

2 ulasan:

  1. my big day pun dah dekat, but i'm so sedih xdapat2 kerja lagi ;(( susah betul skrg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar awk. Usaha lagi. Manatau mungkin lepas majlis awk baru dpt keje. Skrg maybe nak suruh tumpukan dulu dekat majlis. InsyaAllah, ada rezeki awak:))

      Padam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...