Rabu, 31 Disember 2014

Selamat Tinggal 2014

It's been a great year. Thanks for being a part of it...Giteww! itu katanya apps menda ntah kat FB. Nampak semua pakat share benda tu. Hehehe

Esok kita akan melangkah ke tahun baru, tahun 2015. Mengenang kembali tahun 2014 aku, Alhamdulillah semuanya baik-baik aje. Sungguh rasa sekejap je dah nak habis 2014 dah sampai penghujung. Bila fikir-fikir balik, eh rasa baru ke konvo, eh baru je buat itu, buat ini. Eh..eh...kelip mata sekali dah nak masuk 2015. Ehee tu perumpamaan yer. Hiks! 

Alhamdulillah, tahun 2014 jugak banyak beri kegembiraan buat aku. Aku berjaya habiskan belajar, konvo, Shafiq merisik, kenduri adik berjalan lancar dan banyak lagiklah. 

Aku harap tahun 2015 jugak akan baik-baik saja. Azam? Ouhh aku tak pernah set azam bebetul, sebab kalau set je selalunya tak jadi. Huhuhu! Klisenye, aku akan sematkan dalam hati...nak jadi yang terbaik untuk family, this time around dah ade yang tersayang, kena cakap untuk yang tersayang dan keluarganya jugaklah. Yang paling penting, nak buang apa yang patut di buang...panas baran, moody, degil. Hahahaha! Pastu harap-harap lebih rajin, lebih berjimat-cermat, solat on time & tutup aurat sepenuhnya. Amin...Amin...Amin...

Selamat tahun baru semua! Jaga diri walau di mana anda berada.

P/s : Korang... Aku nak final exam start 5hb ni... kenang-kenangkan lah daku dalam doamu please:)) 



Love... Mmuahhh
Azghen

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Azghen

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...Amin... Ya Rabbal Alamin. Selamat Tahun baru jugak awak!:))

      Padam
  2. Selamat tahun baru.. Papaglamz singgah dan follow. Jom terjah Papaglamz.

    www.papaglamz.com

    BalasPadam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...